Saturday, March 28, 2009

Puak anti-Anwar dalam PKR ancam calon

Renungan Bukit Gantang

KEPUTUSAN Anwar Ibrahim memilih S Manikumar, usahawan lulusan ijazah calon Bukit Selambau akhirnya memakan diri apabila ceramah Parti Keadilan Rakyat (PKR) sentiasa tegang.
Ini bukan kerana bantahan penyokong PKR atau pihak parti lain, sebaliknya ancaman puak menentang Anwar dan Manikumar yang tidak puas hati dengan pemilihan beliau.
Akibatnya polis terpaksa menyuraikan perhimpunan tanpa permit seperti di Sungai Petani, baru-baru ini.


Golongan antiAnwar yang disifatkan mementingkan kroni dan ‘kuku besi’ mahu suara mereka didengar.
Namun apa lebih dahsyat bagi PKR dan rakan sekongkolnya, Pas adalah setiap kali khemah dibina ahlinya bagi menganjurkan perhimpunan dan ceramah tanpa permit, polis terpaksa bertindak tegas khususnya di P.059 Bukit Gantang, sejak Isnin lalu.
Baik di Taman Mewah, Kamunting atau sekitar kuil utama di Kuala Sepetang atau di Pokok Assam, khemah yang sudah disediakan perlu dibuka semula kerana penganjur ceramah tidak mendapatkan permit polis.
Akhirnya, Anwar bersama rombongannya tidak muncul dan seluruh kampung dan pekan kembali tenang dan sepi.
Malah kini polis jelas lebih berhati-hati kerana jika permit hanya untuk majlis mengumumkan nama calon ia tidak boleh dijadikan pentas ceramah politik seperti di padang Kota Jaya, Simpang Isnin malam lalu.

Di tempat itu, Hadi Awang dan pemimpin lain menyalahgunakan kebenaran polis untuk majlis mengisytihar nama calon menjadi ceramah khusus meracuni pemikiran rakyat dan menabur fitnah terhadap pemimpin negara.
Itupun, kini DAP pula mengambil kesempatan mencemuh dan mengulangi segala fitnah dan tohmahan terhadap Presiden Umno yang baru, Najib Tun Razak dan kerajaan Zambry Abdul Kadir di Perak.

DAP memulakan kempen Jumaat malam lalu dengan menganjurkan ceramah di tengah-tengah bandar Taiping berhampiran Balai Bomba. Tumpuan kempen tentunya pengundi Cina yang diminta menyokong calon Pas. -Pak ngah

No comments:

Post a Comment