Thursday, March 19, 2009

Coleteh Bukit Gantang : Mengapa Baiki Jalan Dekat Pilihan Raya?

Coleteh Bukit Gantang 1 :

Masa rakan panglima jalan-jalan dari Bandar Taiping nak Simpang ...Konon-kononnya nak minum laaa..Sesak pulak jalan kat situ… ingatkan ada kemalangan ker?,kereta langgar lori bawa babi ker apa ker… rupa-rupanya ada plak kerja naik taraf dan memperbaiki jalan laa pulak. Takkan laaa bila nak pilihanraya ni.. macam-macam pembangunan ala ‘mee segera’ plak. Waktu ini laa plak nak baiki jalan. Adakah ini yang dikatakan nak pancing undi? .Kononnya kerajaan prihatinla pada rakyat.. bagi kesenangan kepada rakyat.Buatlaa sikit-sikit pembangunan, nak tunjukkan pada rakyat kerajaan kita mampu buat. Kerajaan apa? Kalau bukan Kerajaan Barisan Nasional.




Tapi nak buat cam manakan...masa diluluskan projek membaiki jalan tu... tarikhnya berdekatan laa plak dengan tarikh pilihan raya. Dah orang kata kerajaan ambil kesempatan ni bagi projek repair jalan semata-mata nak pancing undi.Kalau tak ada pilihan raya pun...Kerajaan tetap akan membaikpulih jalan tu.. takkan laa nak tunggu hancur, berlubang ker hapa ker, baru nak baiki. Kalau aku tengok jalan tu memang patut pun di naik taraf. Aku lalu tadi pun hangin gak...bergegar tu keta aku. Nasib baik gua pakai spring n absorber jepun kedai potong... tak derlaa bergegar sangat..sedap jer..cam mana kalau ferrari hijau Budak Melaka lalu situ. Tak ker tercabut bumper bila dia lalu 8 kali kat jalan tu.... dah sampai masa jalan tu kena repair... repair jer laa.



Peringatan kepada warga Bukit Gantang ....jangan mudah dengar khabar angin dan dakyah parti yang menentang Kerajaan BN... Pembangunan BN tidak mengira politik kalu hendak buat dibuat jua...terbukti pembinaan Landasan Berkembar Keretapi dan Pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang tetap diteruskan......... fikir-fikirkan la

1 comment:

  1. pang5...

    selamat datang leerrr

    BN ni adalah BARISAN NEKAD... iaitu nekad nak bantu rakyat walaupun difitnah dan dicaci dengan umpatan kejian kerana nak bantu rakyat tanpa kira masa. tapi geng mengumpat ni habok pon tadak... pulun lulus tanah 999 tahun ader ler

    ReplyDelete