Kata Samad Said, wang bukanlah segala-galanya jika isu bahasa diketepikan kerana beliau merasakan bahasa Melayu tidak akan menjadi bahasa ilmu jika Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris.
Bila agaknya Samad tidak pentingkan wang? Bukankah Samad biasa melancarkan mogok seni apabila mendapati Dewan Bahasa dan Pustaka melambat-lambatkan pembayaran wang royalti dan tidak mencetak semula bukunya, beberapa tahun lalu.

Petikan dari http://www.malaysiaaktif.com/
NASIR SUKIMAN
19 Mac 2009
BELUM PUN calon Pas diumumkan, jentera pilihan raya kecilnya bagi P.059 Bukit Gantang sudah giat berkempen dengan Sasterawan Negara A Samad Said diketengahkan memberi ceramah.
Pada malam bulan terang di Kampung Boyan, Simpang, Taiping malam tadi, Samad bertempek menuduh Barisan Nasional mengabaikan bahasa Melayu dan menggesa pengundi ‘mengajar’ kerajaan Umno.
Ini sejajar perjuangannya menentang Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Gerakan mendesak kerajaan mengubah dasar pelajaran itu jelas kini sudah dirampas oleh Pas dari tangan pejuang bahasa seperti Samad yang kini lebih banyak bercakap politik ketika usianya sudahpun senja.
Jelas dengan sedar ataupun kerana terlalu ‘mabuk’ dengan penentangannya Samad yang biasa bercakap mengenai bahasa, penulisan dan membaca puisi di majlis jemputan penyair dan pemuisi, sudah mengubah selera.
Pada umur menjangkau 80 tahun, beliau tiba-tiba membiarkan dirinya diperkuda oleh Pas yang tidak semena-mena mengambilalih perjuangan menegakkan bahasa Melayu dan tidak lagi hukum hudud.
Kata Samad, konon wang bukanlah segala-galanya jika isu bahasa diketepikan kerana beliau merasakan bahasa Melayu tidak akan menjadi bahasa ilmu jika sains dan matematik diajar dalam bahasa Inggeris.
Bila agaknya Samad tidak pentingkan wang? Bukankah Samad Said biasa melancarkan mogok seni apabila mendapati Dewan Bahasa dan Pustaka melambat-lambatkan pembayaran wang royalti dan tidak mencetak semula bukunya, beberapa tahun lalu.
Tentunya ramai masih ingat episod ‘mogok seni’ melibatkan Samad, novelis berjanggut putih panjang yang khuatir dikejar si gadis pembaca novelnya jika dia bercukur.
Kini lidahnya begitu berani kata wang bukan segalanya. Jadi Samad apabila kamu mendeklamasikan puisi dengan si Az memetik gitar, pulangkan saja sampul surat berisi RM500-RM1,000 yang dibagi oleh pihak penganjur majlis.
Pejuang bahasa zaman penjajah dulu bolehlah makan ubi kayu. Hari ini semua mahu duit apatah lagi tinggal di Bangsar. Tanya ahli politik Pas berapa mereka dapat hasil menjadi ADUN atau Ahli Parlimen.
Elaun ADUN/AP campur elaun perbatuan, campur elaun keraian, campur wang hadir di sidang Dun/Parlimen dan elaun telefon bimbit serta pelbagai lagi masuk wang ke dalam akaun bank mereka ini. Semuanya mencapai belasan atau puluhan ribu ringgit sebulan.
Kamu berceramah di atas pentas Pas tu dah masuk jadi ahli politikkah Samad? Lupakah DBP membayar royalti buku kamu yang dicetak sebagai buku teks. Dalam sekelip mata jasa baik kerajaan kamu lupakan semata-mata mahu memperjuangkan bahasa konon.
Kamu sendiri adalah produk sekolah Inggeris zaman Senior Cambridge di Singapura. Hari ini bukan saja Inggeris, di kolej dan maktab rendah, pelajar dikehendaki belajar bahasa ketiga sama ada Jepun, Perancis, Jerman atau Arab.
Samad kini jelas membiarkan dirinya terperangkap dalam kandang kambing tetapi tidak mahu mengembek. Pas pula menjerat Samad kerana mahukan sokongan padu pejuang bahasa dan guru sekolah.
Sedarlah BN dan UMNO sayangkan bahasa dan bangsa Melayu. Sebab itulah masa depan dan persiapan anak bangsa menghadapi cabaran globalisasi diperkuatkan dengan menguasai pelbagai bahasa dunia selain memperkaya dan meluaskan penggunaan bahasa Melayu. - malaysiaaktif.com

PAS DAN PKR SOKONG DAP UNTUK TOLAK KETUANAN MELAYU YANG BERTERASKAN RAJA2 MELAYU.
ReplyDeleteKALAU BANGSA MELAYU PUN TAK MAU NAK PERTAHAN...MENGAPA PULAK BAHASA MELAYU NAK DIPERTAHAN??
DAULATKAN BANGSA MELAYU DULU. SEBAB MATI MELAYU MAKA LENYAPLAH BAHASA MELAYU. CONTUHNYA DI THAILAND, SINGAPORE DAN FILIPINA DLL TEMPAT DALAM DONIA NI???
JANGAN "BIAR MATI ANAK JANGAN MATI ADAT."
JANGAN "BIAR MATI MELAYU ASAL JANGAN MATI BAHASA MELAYU."
ITULAH ORANG MELAYU DAH DIKELIRUKAN OLEH ANUARISASI