Sunday, March 22, 2009

Pembangkang tipu pengundi ‘masuk syurga’

Renungan Bukit Gantang.


HAMPIR pada setiap ceramah Pas terutama di dalam atau pekarangan surau isu sesiapa menyokong atau mengundi Pas akan masuk syurga pasti diuar-uarkan penceramah.
Perkara ini akan cuba diselitkan tidak kira apa hukum sedang dibincangkan ‘ustaz’ Pas di depan 20 atau 30 pendengar atau makmum biasanya selepas solat Maghrib.
Jangan terkejut duhai penceramah mahupun pemimpin Pas, bukan semua hadirin termakan pujukan atau pengisytiharan ‘pasti masuk syurga’ tu.

Di salah satu majlis, seorang lelaki berjanggut bersuara kepada rakan di sebelahnya: “Apa bukti dapat diberikan Pas kononnya sesiapa pangkah lambang bulan mengambang ikut nasihat Nik Aziz Nik Mat, masuk syurga.
“Adakah Almarhum ahli Pas bangkit dari dalam kubur membawa cerita dia sudah masuk syurga? kata lelaki itu.

Jika benarlah cerita ini, maka kasihan ulama dan tabiin yang tidak menjadi ahli Pas atau pangkah Pas. Tentunya mustahil semua kisah dan desakan Pas agar pengundi memangkahnya pada setiap pilihan raya seperti pada 7 April kelak bagi P059 Bukit Gantang.

Masuk syurga atau neraka itu semua ketentuan Allah Yang Maha Esa.
Pas dakwa ia parti berlandaskan Islam tetapi ia berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan sebagai pergerakan politik saja bukan gerakan Islam hakiki.
Hadi Awang, Presiden Pas pernah mendakwa akan melaksanakan hukum hudud ketika parti itu memerintah Terengganu dari 1999 hingga 2004 “sebelum ayam berkokok” tetapi hingga hari ini semuanya palsu belaka.

Pas mahu bela nasib rakyat tetapi ada janda Adun Pas harus ke mahkamah tuntut mutaah dan nafkah sara anak-anak kerana si Adun gagal membela dan menyara anak-anaknya sendiri. Adun itu juga ditegur hakim kerana cuba membelakangkan undang-undang.
Nak bela rakyat jelata tapi rumah tangga sendiri kucar kacir. Aduh mari mokweh Umno sudah lama berjasa kepada rakyat Perak.
Pas turut sama bersekongkol dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat mengagihkan tanah kita hingga 999 tahun. Orang kampung hanya dapat tanah untuk 33 tahun atau 60 atau 99 tahun saja.-Pak Ngah Bukit Gantang

No comments:

Post a Comment