Sunday, March 29, 2009

Pertandingan Tiga Penjuru Di P059 Bukit Gantang





Pilihan raya kecil P.059 Bukit Gantang pada 7 April depan, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Ismail Saffian, 49, calon Pas Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan calon Bebas Kamarul Ramizu Idris, 42.

Nizar tiba di Pusat Penamaan Calon di Dewan Perbandaran Taiping, jam 9.10 pagi diikuti Ismail dan terakhir Kamarul.

Kira-kira 8,000 penyokong Pas kebanyakannya dari luar kawasan Bukit Gantang berhimpun di kawasan berbukit dekat padang dewan perbandaran dengan kira-kira 200 meter memisahkan mereka daripada penyokong Umno dan Barisan Nasional.

Sejak kira-kira jam 6.30 pagi, kumpulan penyokong dua parti itu sudah mula berhimpun dan bergerak berhampiran kawasan dewan berkenaan, jam 9.00 pagi.

Pasukan polis dengan dibantu polis simpanan Persekutuan (FRU) digembleng sekitar kawasan bangunan dewan bagi memastikan kelicinan proses penamaan calon dan mengawal keadaan.

Keadaan menjadi riuh-rendah apabila penyokong Pas selain segelintir daripada DAP dan PKR bernyanyi dan memukul gendang selain meniup trompet. Satu ketika sekumpulan cuba merempuh bahagian belakang pagar dewan perbandaran itu.

Percubaan mereka untuk memasuki kawasan dewan itu dapat dihalang polis tambahan dikejarkan ke situ.

No comments:

Post a Comment