Saturday, March 28, 2009

Politik Tenggelam Dek Mi Banjir Udang

KETIKA singgah di Gerai Mak Teh di Kuala Sepetang untuk makan mi banjir udang, jelas isu politik tidak dibincangkan, tidak kira anda penyokong Umno, Barisan Nasional atau Pas, PKR dan DAP.
Bagaimanapun, sehingga hari penamaan calon 29 Mac, paling ramai berkumpul di Trong, Kuala Sepetang dan Cangkat Jering tentunya aktivis Umno dan Pas saja.
Ini terbukti dengan sepanduk dan bendera di banyak rumah tumpangan dan homestay selain hotel kecil di sekitar tiga kawasan itu. Sekali sekala kelihatan juga sepanduk dan bendera PKR dan Gerakan.

Mengapa di gerai Kuala Sepetang, politik diketepikan?
Sebabnya: pengunjung harus menghabiskan kira-kira 20 ekor udang dalam sepinggan mi kari special dijual dengan harga RM6 saja (udang kolam); RM10 (udang laut) atau RM12.

Pada hujung minggu, gerai-gerai sepanjang Kuala Sepetang sesak dengan pengunjung yang meletakkan kereta di kiri kanan jalanraya. Hanya mi udang banjir dijual sedangkan pada hari lain, turut dijaja adalah mi,kueh teow dan nasi goreng udang.

Cuma di Gerai Mak Jah mungkin anda akan terus dapat menikmati juadah goreng tidak kira hari itupun dengan udang, telur dan kerang dengan harga agak murah.
Malah bolehlah dikatakan kadar harga makanan khas Kuala Sepetang ini tentunya mengejutkan aktivis parti politik dan petugas media yang bermukim di P.059 Bukit Gantang ini.
Di bandar Kamunting pula khususnya di depan dan di tepi Stesen Petronas, Restoran Mihun RM1 dan sate secocok 15 sen dan 25 sen menjadi tumpuan semua. Ini ditambah lagi dengan hidangan nasi ayam cuma RM1.70 sepinggan saja.
Aktivis dan petugas media dari KL tentunya terkejut kerana jika diminta mencari nasi ayam RM2.50 sepinggan pun di ibu negara, ramai menuduh tentunya ayam ‘xcident’ boleh dijual dengan harga murah.
Tapi di Kamunting nasi ayam kurang RM2 tetap enak dan menyelerakan.

No comments:

Post a Comment