Monday, April 6, 2009

Pengundi Cina Beri Petanda Baik Di Bukit Gantang

Coleteh Bukit Gantang:
satu petunjuk bahawa arus pohon restu akan melanda....

BUKIT GANTANG: Walaupun pada peringkat awal banyak orang yang skeptikal mengenai sokongan orang Cina dan India terhadap Barisan Nasional (BN), namun hari ini sudah kelihatan satu petanda yang sangat menggalakkan daripada pengundi berkenaan, kata Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata penjelasan isu semasa sepanjang kempen dan keinginan rakyat melihat perubahan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang memberi harapan baru kepada mereka, juga menjadi punca kepada perubahan 'angin' oleh para pengundi kepada BN."

Jadi sudah ada angin perubahan daripada sikap pengundi. Saya berharap masyarakat Cina dapat memahami konsep BN dan menyokong kepimpinan BN kerana Datuk Seri Najib yang dilantik menjadi Perdana Menteri telah melaungkan slogan 'Satu Malaysia', menyuarakan satu gagasan besar dan berlaku adil untuk semua kaum," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama masyarakat Cina di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Sin Min di Simpang hari ini.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan bernilai RM1 juta kepada sekolah berkenaan untuk aktiviti pelajar dan guru serta pembangunan sekolah.Beliau berkata kepimpinan Umno dan BN diperkukuhkan lagi dengan kemasukan semula mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan anak mereka Datuk Mokhzani.
Beliau yakin kemasukan semula Dr Mahathir ke dalam Umno masih mampu untuk memberi nasihat, pandangan dan idea yang boleh dimanfaatkan demi kebaikan bukan sahaja masyarakat Melayu tetapi juga kepada rakyat Malaysia.
Mengenai dakwaan PKR bahawa 300 anggota PPP telah menyertai parti itu dan 6,000 lagi akan meninggalkan parti komponen BN, Muhyiddin berkata beliau tidak mempunyai maklumat terperinci mengenainya bagaimanapun telah meminta supaya Presiden PPP Datuk M.Kayveas menyelesaikan perkara itu jika benar kerana ia mungkin melibatkan masalah dalaman.-
BERNAMA- , 5 APRIL.

No comments:

Post a Comment