Tuesday, April 14, 2009

Pas pertahan Nga kerana politik

Pastinya Pas, Ahmad Awang dan Nik Aziz lupa pada 1986 apabila Lim Ah Lek (BN-MCA) membaca potongan ayat al-Quran ketika berkempen pada pilihan raya di Bentong, Pahang. Pemuda Pas melancarkan bantahan besar-besaran kerana bimbang pengundi Melayu-Islam memangkah BN mengalahkan Pas.

www.malaysiaaktif.com
NASIR SUKIMAN
13 April 2009

PESURUHJAYA Pas Perak, Ahmad Awang berharap isu Nga Kor Ming membaca petikan ayat al-Quran pada ceramah pilihan raya kecil Bukit Gantang tempoh hari dilupakan saja.

Namun Nik Aziz Nik Mat dengan nada gembira beranggapan tindakan Nga sebagai permulaan bibit-bibit kecintaan dan keinginan orang Cina dan kaum lain di Malaysia mahu mendekati dan memahami isi al-Quran.

Sememangnya isu Nga dengan pelat Cina cuba memancing undi Melayu membaca ayat al-Quran tidak akan henti diperkatakan apabila ada ustaz terus membangkitkan isu ini pada kuliah di masjid dan surau kita.

Pastinya Pas, Ahmad Awang dan Nik Aziz lupa pada 1986 apabila Lim Ah Lek (BN-MCA) membaca potongan ayat al-Quran ketika berkempen pada pilihan raya di Bentong, Pahang, Pemuda Pas melancarkan bantahan besar-besaran kerana bimbang pengundi Melayu-Islam memangkah BN mengalahkan Pas.

Alasan-alasan diberikan Pas (masih sahih sehingga hari ini tetapi sengaja cuba dilupakan ) adalah:

1) Kita wajib mempunyai niat yang ikhlas untuk membaca, memahami dan melaksanakan apa terkandung dalam ayat al-Quran yang dibaca.

2) Ia hendaklah dibaca dengan penuh tartil dan betul tajwid dan mahrajnya.

3) Pembaca berniat untuk berdakwah dengan membawa umat (pendengar) kembali ke jalan Allah.

4) Kita wajib berwuduk (sedangkan tubuh Nga pastinya najis )

5) Nga membaca al-Quran dengan penuh riak. Dia sebenarnya bermuka-muka dan bertujuan mahu menunjukkan dia puh tahu membaca dan kononnya memahami al-Quran membuat pendengar kagum.

6) al-Quran perlu dibaca dengan penuh tawadduk (rendah diri) dan tadarruk (penuh dengan penyesalan).

7) Nga membacanya lebih untuk kepentingan duniawi saja bukan untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Apa yang berlaku di Bentong dan kemudian di Taman Mewah, Kamunting pada malam 6 April lalu jelas menunjukkan betapa ayat al-Quran sudah disalahguna sehingga kitab suci itu dijadikan lelongan dan jajaan murahan oleh bukan Islam . Jika benar Nga berniat baik dia seharusnya mendalami pula al-Quran dan kemudian memeluk Islam (jika mendapat hidayah) dengan Nik Aziz atau Pas sebagai gurunya.

Jika tidak Pas dan Nik Aziz akan tetap dikutuk sebagai sudah mamai dan bermimpi saja sehingga sanggup membiarkan al-Quran dicemari dan digadai demi kepentingan politik sempit . Itupun, kajian kini menunjukkan undi bagi Pas daripada kalangan orang Melayu-Islam di Bukit Gantang semakin merosot.

Pas menang di P.059 lebih kerana undi Cina yang tentunya akan menyokong DAP yang memperjuangkan kepentingan kaumnya saja yang kononnya tidak terbela, sehingga sanggup mempersenda al-Quran dengan sokongan buta Nik Aziz dan Pas. DAP mungkin dapat menipu sesetengah pengundi Melayu termasuk ahli Pas yang berkopiah tetapi bukan semua Melayu mudah diperdaya. - malaysiaaktif.com

1 comment:

  1. MUFTI TIDAK MENGHARAMKAN 'NON MUSLIM' BELAJAR AL QURAN. TETAPI MUFTI MUFTI MENEGAH KEPADA PERBUATAN MEREKA YANG MENGGUNAKAN AYAT ALQURAN DI DALAM POLITIK MEREKA YANG INGIN MENARIK UNDI ORANG ISLAM. PERBUATAN INI HARUS DITEGAH KERANA ALQURAN IALAH KITAB KITA YANG SUCI. AL QURAN BUKAN BIBLE. AL QURAN BUKAN KITAB BUDHA ATAU HINDU.TETAPI AL QURAN IALAH KALAMULLAH YANG SUCI DAN WAJIB DIPELIHARA SUPAYA TIDAK DIPERKOTAK KATIKKAN OLEH GOLONGAN TERTENTU UNTUK KEPENTINGAN MEREKA TERMASUK ORANG ORANG ISLAM SENDIRI!

    ReplyDelete