Wednesday, April 1, 2009

Nizar : Nama saya ialah Chan Ah Choong




”Ibu saya panggil saya Ah Choong. Ketika saya mengaji di sekolah vokasional Ipoh, pengetua, guru dan rakan-rakan sekolah memanggil saya Ah Choong. Kalau nak cari Mohamad Nizar, ramai rakan-rakan sekolah tidak mengenali siapa.” ---- Nizar

(Taiping 27 hb ) Mantan Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin bukan sahaja mempunyai ibu keturunan Cina, malah juga diberikan nama Cina, Chan Ah Choong.

”Ibu saya panggil saya Ah Choong. Ketika saya mengaji di sekolah vokasional Ipoh, pengetua, guru dan rakan-rakan sekolah memanggil saya Ah Choong. Kalau nak cari Mohamad Nizar, ramai rakan-rakan sekolah tidak mengenali siapa.”
Guru dan rakan-rakan sekolah panggil Ah Choong. Nizar berkata, beliau dipanggil Ah Choong tidaklah ada sebab khusus, tetapi dipercayai sebab nama ibunya Chan.
Ketika ibu berkahwin dengan bapa, nama ibu ditukar kepada Hamidah, selain diberikan juga nama Cina untuk beliau.
Beliau memberitahu pemberita, : "Saya telah biasa dengan panggilan Ah Choong.” Nizar juga memberitahu masa antara hari penamaan calon dan hari pengundi beliau benar-benar menjadi datuk kerana anak perempuan yang sulong Fatimah, 25 tahun, dijadual akan melahirkan anak iaitu pada awal April.
Tarikh Fatimah dijangka bersalin ialah 7 April 2009, tetapi tidak ketahui cucu akan dilahirkan sama ada lelaki atau perempuan. Ditanya sama ada kelahiran cucu oleh anaknya sebagai petanda membawa tuah kepada beliau, beliau menjawab itulah harapan beliau.

No comments:

Post a Comment