KULIM, 14 Mac (Bernama) -- Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin optimis pemilihan Ismail Saffian sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak 7 April ini akan memperluaskan peluang BN untuk menawan semula kerusi itu.
Beliau berkata keyakinan beliau itu adalah kerana Ismail yang juga bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Bukit Gantang adalah tokoh yang popular dan disegani penduduk setempat.
"Yang penting Umno Bahagian turut mencalonkannya, maka masalah dalaman yang pernah wujud di bahagian itu kini telah diatasi," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas pemilihan Ismail sebagai calon BN bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang.
Muhyiddin ditemui selepas menghadiri majlis kenduri perkahwinan anak bongsu Timbalan Ketua Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu Datuk Husain Abdul Rahman, Hasnil Hikal dan pasangannya Nur Baity Ilyas di Hotel Seri Malaysia ,di sini Sabtu.
-- BERNAMA
MARI2 NAK TAKTIK FOREX...AT BARU MERAIH 200K...!!
-
RAMAI ORANG SUKA BERHUTANG TAPI TAK PANDAI KIRA HUTANG…
Berikut diperturunkan ilmu untuk memahami hutang Negara agar tak kena SPIN
lagi oleh kaki SPIN. M...
8 years ago
No comments:
Post a Comment