Thursday, April 2, 2009

Nizar : Nama saya ialah Chan Ah Choong


Taiping
27 Mac 2009

Mantan Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin bukan sahaja mempunyai ibu berketurunan Cina, juga diberikan nama Cina, iaitu Chan Ah Choong.
”Ibu saya panggil saya Ah Choong. Ketika saya belajar di sekolah vokasional Ipoh, pengetua, guru dan rakan-rakan memanggil saya Ah Choong. Kalau nak cari Mohamad Nizar, ramai rakan tidak mengenali siapa.”

Nizar berkata, beliau dipanggil Ah Choong kerana dipercayai ibunya bernama Chan. Ketika ibu mengahwini bapanya, nama beliau ditukar kepada Hamidah. Beliau juga telah diberikan satu nama Cina.

Beliau memberitahu semasa ditemuramah oleh pemberita akhbar Cina: ”Saya telah biasa dengan panggilan Ah Choong.”



Nizar juga memberitahu pada masa antara hari penamaan calon dan hari membuang undi beliau sudah pun bergelarkan datuk kerana anak perempuannya yang sulong Fatimah, 25 tahun, melahirkan anak baru-baru ini.
Ditanya sama ada kelahiran cucu oleh anaknya sebagai petanda membawa tuah kepada beliau, beliau menjawab harap-harap begitulah.

1 comment:

  1. Ah Choong si penderhaka. Memang sesuai betul la tu.

    ReplyDelete