Monday, April 6, 2009

Anwar merapu, Melayu Bukit Gantang tertipu

APAKAH bentuk pembangunan yang bakal dibawa Pas ke kawasanundi Bukit Gantang berbanding Umno-Barisan Nasional?
Tidak ada satupun projek dan rancangan sudah diatur dan diumumkan oleh Nizar Jamaluddin kerana beliau dan pemimpin lain Pas bersama-sama DAP dan PKR asyik sibuk memfitnah dan membuat penafian terhadap pelbagai kesalahan dan keadaan kucar-kacir berpunca daripada tindak-tanduk terutama penderhakaan terhadap Sultan Perak.
Kepincangan Pas dan kerajaan pembangkang itu telah melumpuhkan jentera perancangan pembangunan mereka sehingga segenap tenaga dicurahkan bagi menepis dan menidakkan kesilapan mereka dan angkara penderhakaan Nizar.
Isu yang mereka tonjolkan pada hampir semua ceramah tidaklah lain iaitu apa salahnya memberi geran tanah 999 tahun kepada kampung baru Cina?
Apa yang tidak didedahkan adalah orang Melayu tidak diberikan hak yang sama begitu juga sekolah agama rakyat. Mereka ini hanya diberikan hak setelah diungkit dan dibantah oleh pemimpin Melayu itupun pajakan singkat.
Pokoknya mengapakah golongan yang pernah menjadi pengkhianat tanah air iaitu tali barut, penyokong dan pembela pengganas komunis diberikan keistimewaan dan dianggap termiskin sedangkan ada banyak lagi projek pembangunan yang boleh diatur.
Sejarah menunjukkan betapa golongan tali barut ini bersubahat membunuh dan menyeksa penduduk kampung ketika pengganas komunis cuba merampas kuasa di tanah Melayu.
Mengapakah kita mudah lupa peristiwa pembunuhan dan pembakaran balai polis Bukit Kepong. Lupakah kita kepada Almarhum Sarjan Yassin dan anggota polis lain yang gugur mempertahankan balai itu dan maruah bangsa dan negara?
Malangnya Penasihat Umum PKR merangkap ketua pembangkang Anwar Ibrahim membangkitkan pelbagai isu sudah basi seperti judi, penderhakaan Tun Perak dalam buku Sejarah Melayu selain mempertahankan habis-habisan pemberian hak tanah kekal itu.
Namun, Anwar pada Ahad malam di Taman Mewah, Kamunting begitu lemah longlai dan tidak petah berbicara kerana jam sudah 11.30 disertai hujan renyai-renyai menangisi keangkuhan dan sikap mahu memperbodohkan pengundi beliau itu.
Oleh kerana tidak tahan dengan perangai Anwar yang semakin merapu dan membebel maka kumpulan demi kumpulan 'orang luar' yang berkenderaan mula meninggalkan kawasan ceramah ketika beliau masih cuba menipu itu.
Penduduk atau lebih tepat lagi pengundi di Taman Mewah yang rata-rata adalah pesara kerajaan seperti askar dan anggota polis sudah lama menutup pintu rumah mereka dan menonton televisyen saja daripada melayan kerenah Anwar dan balaci-balaci DAP seperti Nga.
Pada Anwar semua kerajaan buat salah tetapi Pas, PKR dan DAP tidak umumkan satu pun rancangan mereka bagi faedah pengundi Bukit Gantang.
Ini berbanding Umno-BN yang mengumumkan rancangan mengubah Kuala Sepetang menjadi satu lagi daya tarikan pelancongan dengan Mi Banjir Udang, kuala dengan mata hari terbenam indah menawan serta industri perikanan.
BN juga akan menyelesaikan masalah lesen nelayan bagi penduduk Cina Kuala Sepetang di samping memberikan tanah kepada penduduk di kawasan KTMB.
Dengan moto BN "Mohon Restu Rakyat" dan kempen gigih melawat rumah ke rumah, ceramah yang penuh sesak dengan pengundi dan penduduk jelas mesej hendak disampaikan tertanam dalam hati rakyat.

1 comment:

  1. Pengundi telah menunjuk jari tengah mereka kat ToonDog Mahatiu,,calon BN iSMAIL dANOK kalah,,kah kah kah

    ReplyDelete