Thursday, April 2, 2009

Nizar khianati Melayu, diperalatkan DAP


TIGA budak ni dah kena sunatke? Selepas tu barulah boleh cakap fasal HUKUM HUDUD. Sebenarnya Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Guan Eng tidak sekali-kali akan membenarkan HUDUD dilaksanakan.
"Langkah mayat saya dulu," kata Karpal. Jadi DAP pun menolak sama sekali hukum Islam ini dan sekaligus Pas. Cuma Nizar dan pemimpin Pas yang tidur sebantal dengan DAP kerana gila kuasa.


Nizar beri kroni DAP projek

Nizar Jamaluddin kata beberapa penulis blog telah meluluskan banyak tender kerajaan negeri dan memastikan tender projek di kawasanundi Taiping diserahkan kepada kroni-kroni Nga Kor Ming (Taiping).
Apa dilakukan itu jelas sama dengan dilakukan Anwar Ibrahim dulu tetapi lebih penting Nizar mengikut telunjuk pemimpin DAP dalam mentadbir Perak.
Nizar tidak berani membantah kerana beliau hanya mewakili suara minoriti dalam kerajaan Perak dengan DAP menguasai 18 kerusi DUN dan Pas cuma enam.
Pengendali blog meminta semua pengundi terutama Melayu sedar akan hakikat ini dan juga mengemukakan 11 dalil lagi mengapa Nizar harus ditolak.

11 Dalil Nizar harus ditolak


1. Dia Mohon Derhaka kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

2. Ketika Menjadi Menteri Besar Perak dulu Dia Menjadi Boneka DAP.?

3. Dia Merupakan Salah Seorang Team Edorgan di Dalam PAS Yang Pro-Anwar Yang DiSokong Oleh Yahudi Zionis.

4. Dia Luluskan Tanah Kepada Orang Cina Selama 999 Tahun sedang Sekolah Agama Rakyat terpaksa meminta-minta baru diberikan.

5. Dia Bukan Calon Nik Abdul Aziz Nik Mat tetapi calon Pilihan Ngeh
Kor Ham.

6. Dia Bukan Anak Jati Bukit Gantang.

7. Dia Tamak Kuasa dan Enggan Serah Kereta Camry.

8. Dia Lebih Bertuankan Anwar Ibrahim Daripada PAS, Bermakna Apa
Saja Agenda Asing Melalui Anwar Dia akan Sokong.

9. Dia Lebih Suka Mengajak Rakyat Berdemonstrasi. Yang Kena
Tangkap & Menerima Akibat Adalah Rakyat.

10. Datuk Harussani, Mufti Perak Menfatwakan Nizar Adalah
Penderhaka. Siapa Yang Harus Kita Percayai Antara 2 Orang Ini? Tentunya Mufti kita.

11. Nizar Tidak Sesuai Menjadi Pemimpin Sebab Keras Kepala Macam
Mana Kita Nak Tegur Dia Nanti? Dia lebih patuh kepada kata-kata Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham

1 comment:

  1. 12.Kalau Nizar yang menang, nanti apa-apa pun dia hanya anggukkan kepala tanda setuju dan ketawa "keh keh keh" atau pun macam ini, "ngeh ngeh ngehhhh"

    Percaya la mufti kita! Jangan sokong penderhaka ini!

    ReplyDelete