PADA malam 23 Mac lalu, ramai orang Melayu khususnya penyokong Pas yang berhimpun di Padang Taman Kota Jaya, Simpang, Taiping, tidak sedar Hadi Awang bukan saja akan mengumumkan nama calon parti itu bagi P.059 Bukit Gantang, malah akan menabalkan 'sultan' baru Perak.
Ini berikutan penganjur majlis itu sudah meletakkan empat kerusi berbaldu kuning di atas pentas hampir sama dengan yang biasa digunakan bagi majlis Diraja di Istana Kesultanan Melayu.
Benarlah sangkaan ramai pemerhati termasuklah pengendali.. Awekzbukitgantang.blogspot.com yang berjaya merakamkan kehampaan seluruh rakyat Perak terhadap tindak-tanduk Pas yang rela menggadaikan maruah Melayu dengan membenarkan Ngeh Koo Ham duduk di kerusi empuk kekuningan layak 'sultan' baru Perak.
Sedarlah semua pemimpin Pas dan Parti Keadilan Rakyat segala hak Melayu akan digadai oleh Ngeh demi kepentingan DAP dengan dasar Malaysian Malaysia diuar-uar sejak penubuhannya dulu.
Sedarlah juga kita ni menjadi ibarat Pak Kaduk ayam laga terkulai kaku patah taji, kampung juga turut tergadai sedang orang ramai yang menyaksikan pertarungan itu bertepuk tangan dan bersorak-sorai.
Sedarlah wahai pengundi Melayu jangan mudah termakan pujukan Pas agar undi Nizar tentu lebih banyak lagi tanah Melayu akan digadai Nizar.
ReplyDelete