Gambar dipetik daripada malaysiaheaven.blogspot.com ini hanyalah salah seorang ahli Pas yang membawa topeng Nizar di kawasan Majlis Perbandaran Taiping pada Hari Penamaan Calon, P.059 Bukit Gantang, 29 Mac lalu.
NIZAR, calon Pas bagi P.059 Bukit Gantang tidak dibenarkan berdepan dengan pihak media sejak akhir-akhir ini berikutan pendedahan kumpulan blogger termasuk malaysiaheaven.blogspot.com bahawa beliau ada awek.
Ada pihak kata, Nizar ada girlfriend sedangkan satu gosip lain pula kata dia sudah pun ada calon isteri kedua!
Lebih tepat lagi, kata gosip dipetik oleh blog itu, Nizar Jamaluddin dah lama cuba untuk berpoligami hasil hubungan dengan gadis bernama Manisha di Ipoh.
Laporan itu tidak pula menyebut kemungkinan Nizar terlibat dalam skandal tetapi sebelum ini mendedahkan jika ada kalangan pemimpin yang singgah dan 'bermain' di Danok, apa salahnya ke sana.
Cuma penulis blog ini agak lebih bermaruah kerana mahu Nizar tidak menyembunyikan apa yang digosipkan itu dengan memberitahun Datin Seri Fatimah hasratnya untuk berkahwin seorang lagi.
Semuanya kerana Nizar dikatakan berasa dirinya cukup mampu daripada segi kewangan untuk 'pasang spare tayar'.
Daripada segi harta pun, bekas MB Perak itu cukup mewah. Selain kereta Mercedes, BMW ada juga sebuah Toyota Camry milik kerajaan yang belum lagi dipulangkannya kerana beranggapan beliau masih kekal MB.
Jika benarlah gosip ini, maka jelas di sebalik wajah seriusmu Nizar terselit keinginan membuak-buak menambah isteri bukan 'harem' seperti di istana maharaja China! Mereka tu bujur lalu melintang patah...asal ada saja gadis berdahi licin maka perlu 'diculik' bawa pulang sebagai habuan.
Apa kata Nizar, kamu jawab semua gosip dan berdepan dengan pihak media yang mahu kamu sendiri dibenarkan membuka mulut dan tidak membenarkan pemimpin Pas melindungi kamu.
SARAWAK REPORT UPLOAD JE FITNAH...BERDUYUN2 PULA YANG JADI TUKANG CANANG
-
PENGENDALI DAN EDITOR SARAWAK REPORT TENTU SAMPAI SAKIT PERUT TERGELAK.
MANA TAK...TRASKRIP TANPA KESAHIHAN YG MEREKA TAIP ATAS EXCEL MEREKA UPLOAD
DAH...
9 years ago
No comments:
Post a Comment