Wednesday, May 20, 2009

DAP DALANG WAYANG KULIT NIZAR

V.Sivakumar menuduh kerajaan Perak pimpinan Dr. Zambry sebagai "kuda kepang". Sebagaimana sifatnya "kuda kepang", ia tidak boleh bertindak bersendirian, "ia tidak boleh bergerak".

Jika itulah gambarannya, maka Sivakumar perlu juga mencari gelaran bagi menggambarkan bentuk kerajaan yang dipimpin oleh Nizar. Sebelum krisis, Nizar hanyalah dilihat sebagai wayang kulit, manakala dalangnya adalah DAP. Lain-lain anggota PKR hanyalah sekadar pemain muzik, termasuk peniup serunai. Setiap pergerakan dialunkan menurut melodi, sama ada bernada marah, tenang ataupun sedih.

Pak Dogol, yang merupakan watak yang hodoh tetapi paling berkuasa. Manakala hanuman sebagai watak pahlawan yang gagah perkasa. Maka DAP menjadi hanuman, Pak Dogolnya ialah Nizar yang terpaksa menurut telunjuk yang diminta oleh hanuman. Oleh itulah Nizar sanggup meluluskan pemberian tanah yang luas kepada orang-orang yang berada di sekitar watak hanuman. Pemberiannya ialah selama 999 tahun, kenapa tidak kekal selama-lamanya?

Pak Dogol yang tonggek itupun tidak faham. Pak Dogol yang mendapat berita gembira apabila Mahkamah Tinggi membuat keputusan sah sebagai Menteri Besar mengambil langkah paling harakiri dalam karier politiknya. Dia pecat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-undang. Dia pun mengisytiharkan Sidang Bawah pokok sebagai sah. Tak sampai 24 jam berkuasa, dia lakukan apa sahaja bagi menunjukkan kuasanya.

Pak Dogol yang kemaruk kuasa itu mungkin telah termakan spinach yang memberikan kekuatan mengalahkan Popeye. Mungkin juga setelah beberapa bulan menunggu selepas diisytiharkan tidak mendapat majoriti, ia mengumpulkan kekuatan melalui spinach itu. Agaknya le?

Kita pun menjadi keliru apabila tidak seorang PAS menentang apabila Ngeh menggunakan ayat Qu'ran, walhal suatu ketika dahulu Nik Aziz menyelar Kementerian Pelajaran yang berhasrat untuk mengambilalih sekolah-sekolah agama negeri (SAR dan SMAN). Tok Guru bercakap depan para pelajar di Timur Tengah, pada zaman khalifah dahulu (merujuk kepada zaman Khalifah ar-Rasyidin), orang bukan Islam tidak berhak bercakap mengenai Islam. Jika dilakukan juga bererti boleh dikenakan hukum bunuh.

Tapi bila Ngeh membaca ayat Qur'an untuk membantuk kempen PAS, kenapa tidak ada fatwa tersebut dikeluarkan oleh Tok Guru. Tok Guru hanya menyatakan ia tidak salah dan dibolehkan dengan memberikan contoh tindakan orientalis mengkaji Islam. Nampaknya bila berpihak kepada PAS, dihalalkan dan tidak berpihak kepada PAS diharamkan.

Kalau tidak konsisten atau double standard ini, dalam Islam tentunya boleh dikatakan m.....k? Tok Guru tentunya lebih maklum kerana Tok Guru belajar agama hingga ke Aligarh, India dan Mesir. Saya hanya belajar agama sedikit sahaja, itu pun di tepi masjid (bukan dalam masjid).

Sesekali dengar Tok-tok guru mengajar, tapi tidak duduk dalam masjid, kerana sebahagian besar orang dalam masjid "mengharamkan" pemakai jeans ketika itu. Saya memangnya tidak mempunyai seluar lain, kecualilah jeans, maka saya berada di luar masjid untuk mendengar syarahan tok-tok guru setiap malam Jumaat, jika saya tidak meninggalkan kampong.

Hei. hei apa dah jadi ni: Hari ini boleh, tapi kelmarin haram? Tunggang terbalik jadinya. Harunya haru dek kerana politik, apa pun boleh termasuk "menjaja agama", dan menukarkan prinsip asal perjuangan. Saya kembali menyemak beberapa tulisan Professor Zulkifli dan beberapa orang pengasas PAS awal untuk mencari kebenaran perjuangan dulu, kini dan selamanya oleh mereka yang bernaung di bawah perjuangan Islam.
( http://www.selamba-u.blogspot.com/)

Tuesday, April 21, 2009

Keterbukaan Perlu Ada Tutupnya

Apa baiknya keterbukaan atau kebebasan yang diberikan menyebabkan kesusahan dan tidak selesanya kepada orang lain. Sekiranya keterbukaan dan kebebasan terutamanya media cetak atau elektronik digunakan tanpa kawalan dan pemantauan yang sihat…sudah pastinya menyebabkan kesusahan kepada orang lain.

Dengan penyebaran fitnah, penipuan,mencaci, mengutuk,menghina serta memalukan orang lain serta keluarganya menggunakan saluran media ini dianggap suatu yang murni. Murni ke? Guna saluran media untuk berpolitik sekarang makin canggih. Baca surat khabar ker blog ker tak abis-abis dengan isu kutuk, fitnah,dakyah, menipu ke apa ker asalkan hatinya bahagia, boleh buat Negara kacau bilau, boleh buat orang melayu bermusuh dan berpuak-puak, boleh buat orang masuk syurga asalkan register nama dalam partinya serta boleh mengelirukan orang dengan fatwa-fatwanya. Asal saja politiknya suksesss.

Hidup dengan aman, tenteram, bahagia, takder kacaubilau dibumiku MALAYSIA tak boleh ker. Berpolitik sehingga rakyat hidup dalam kesusahan,tak tenang, jalan sesak sebab ada rusuhan atau perarakan. Buat kecoh sepanjang tahun suruh orang tidak lupa yang korang sedang berpolitik. Yang susahnya orang lain.

Bila diberi kebebasan…. salah gunala pulak. Bila disekat sedikit kebebasan, kata kerajaan tidak teluslaa tak terbuka laa, Sebab tu dalam keterbukaan pun perlu ada tutupnya. Tak bolehla nak bagi semua kebebasan. Kerajaan perlu simpan sedikit keterbukaan tu untuk kesenangan rakyat. Adanya akta mesin cetak tu merupakan panduan agar penyebaran unsur-unsur fitnah yang boleh menganggu gugat keamanan Negara dapat dikawal. Saranan kepada kerajaan agar diperketatkan lagi undang-undang mesin cetak agar rusuhan seperti di Thailand tidak berlaku di Malaysia. Adapun sikit jer…berlaku kat stadium bola sepak Kota Bharu.. main bakar-bakar kenderaan…. Nasib baik tak bakar Stadium….Yang buat salah, tabor fitnah, menghasut, menyebabkan tercetusnya rusuhan dan kacau bilau kat Negara ini bolehla registerkan mereka kat Sekolah Menengah ISA, Kamunting Perak.

-herokecik-

Tuesday, April 14, 2009

Pas pertahan Nga kerana politik

Pastinya Pas, Ahmad Awang dan Nik Aziz lupa pada 1986 apabila Lim Ah Lek (BN-MCA) membaca potongan ayat al-Quran ketika berkempen pada pilihan raya di Bentong, Pahang. Pemuda Pas melancarkan bantahan besar-besaran kerana bimbang pengundi Melayu-Islam memangkah BN mengalahkan Pas.

www.malaysiaaktif.com
NASIR SUKIMAN
13 April 2009

PESURUHJAYA Pas Perak, Ahmad Awang berharap isu Nga Kor Ming membaca petikan ayat al-Quran pada ceramah pilihan raya kecil Bukit Gantang tempoh hari dilupakan saja.

Namun Nik Aziz Nik Mat dengan nada gembira beranggapan tindakan Nga sebagai permulaan bibit-bibit kecintaan dan keinginan orang Cina dan kaum lain di Malaysia mahu mendekati dan memahami isi al-Quran.

Sememangnya isu Nga dengan pelat Cina cuba memancing undi Melayu membaca ayat al-Quran tidak akan henti diperkatakan apabila ada ustaz terus membangkitkan isu ini pada kuliah di masjid dan surau kita.

Pastinya Pas, Ahmad Awang dan Nik Aziz lupa pada 1986 apabila Lim Ah Lek (BN-MCA) membaca potongan ayat al-Quran ketika berkempen pada pilihan raya di Bentong, Pahang, Pemuda Pas melancarkan bantahan besar-besaran kerana bimbang pengundi Melayu-Islam memangkah BN mengalahkan Pas.

Alasan-alasan diberikan Pas (masih sahih sehingga hari ini tetapi sengaja cuba dilupakan ) adalah:

1) Kita wajib mempunyai niat yang ikhlas untuk membaca, memahami dan melaksanakan apa terkandung dalam ayat al-Quran yang dibaca.

2) Ia hendaklah dibaca dengan penuh tartil dan betul tajwid dan mahrajnya.

3) Pembaca berniat untuk berdakwah dengan membawa umat (pendengar) kembali ke jalan Allah.

4) Kita wajib berwuduk (sedangkan tubuh Nga pastinya najis )

5) Nga membaca al-Quran dengan penuh riak. Dia sebenarnya bermuka-muka dan bertujuan mahu menunjukkan dia puh tahu membaca dan kononnya memahami al-Quran membuat pendengar kagum.

6) al-Quran perlu dibaca dengan penuh tawadduk (rendah diri) dan tadarruk (penuh dengan penyesalan).

7) Nga membacanya lebih untuk kepentingan duniawi saja bukan untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Apa yang berlaku di Bentong dan kemudian di Taman Mewah, Kamunting pada malam 6 April lalu jelas menunjukkan betapa ayat al-Quran sudah disalahguna sehingga kitab suci itu dijadikan lelongan dan jajaan murahan oleh bukan Islam . Jika benar Nga berniat baik dia seharusnya mendalami pula al-Quran dan kemudian memeluk Islam (jika mendapat hidayah) dengan Nik Aziz atau Pas sebagai gurunya.

Jika tidak Pas dan Nik Aziz akan tetap dikutuk sebagai sudah mamai dan bermimpi saja sehingga sanggup membiarkan al-Quran dicemari dan digadai demi kepentingan politik sempit . Itupun, kajian kini menunjukkan undi bagi Pas daripada kalangan orang Melayu-Islam di Bukit Gantang semakin merosot.

Pas menang di P.059 lebih kerana undi Cina yang tentunya akan menyokong DAP yang memperjuangkan kepentingan kaumnya saja yang kononnya tidak terbela, sehingga sanggup mempersenda al-Quran dengan sokongan buta Nik Aziz dan Pas. DAP mungkin dapat menipu sesetengah pengundi Melayu termasuk ahli Pas yang berkopiah tetapi bukan semua Melayu mudah diperdaya. - malaysiaaktif.com

Thursday, April 9, 2009

Undi Cina dan fitnah faktor Pas kekal di Bukit Gantang

Dalam keghairahan mereka berkempen bagi memenangkan Nizar, apa yang agak dikesalkan adalah tindakan berterusan Pas memfitnah pemimpin. Selain memburukkan Perdana Menteri Najib Tun Razak, anak-anak beliau terus difitnah. Begitu juga Ahmad Zahid Hamidi digambarkan hadir di majlis jamuan dan tarian separuh bogel sedangkan gambar Ismail ditampal pada wajah lelaki berpelukan dengan wanita barat dan disebarkan di surau-surau.

petikan daripada http://www.malaysiaaktif.com/

NASIR SUKIMAN
8 April 2009

KEMARAHAN pengundi Cina terhadap apa yang didakwa sebagai komplot Barisan Nasional (BN) khususnya Umno menumbangkan kerajaan didukung DAP di Perak, beberapa bulan lalu ditunjukkan di peti undi P.059 Bukit Gantang, Selasa semalam.

Cuma kira-kira 10 peratus saja daripada pengundi Cina terutama dari kawasan Pekan Kuala Sepetang memangkah BN sekali gus memberi kemenangan kepada calon Pas, Nizar Jamaluddin.

Sentimen anti-BN itu terus ditiupkan oleh parti-parti pembangkang dan majoriti pengundi Cina memberikan undi kepada Pas bagi membolehkan bekas Menteri Besar Perak itu meraih 21,860 mengalahkan calon BN, Ismail Saffian yang mendapat 19,071 undi dengan calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris 62 undi.

Penganalisis politik turut merumuskan dengan undi Melayu pecah di antara Nizar dengan Ismail, maka undi penduduk Cina itu telah menjadi penentu kemenangan berpihak kepada Nizar,

Pas mencapai kejayaan itu walaupun di beberapa kawasan seperti di Trong dan Cangkat Jering didapati undi Melayu beransur-ansur beralih kepada Umno. Cuma ia tidak cukup banyak bagi memberi kelebihan lantas kemenangan kepada BN.

Sokongan berubah daripada Pas kepada Umno itu mungkin berpunca daripada tindak-tanduk kerajaan bertulangbelakangkan DAP di Perak yang memberi geran tanah kekal kepada perkampungan Cina saja dan isu penderhakaan Nizar dan kerajaan pembangkang terhadap Sultan.

Pemerhatian di sekitar kawasan membuang undi memberi gambaran bahawa bagi penyokong dan peraih undi Pas, pilihan raya kecil pada Selasa lalu adalah satu perjuangan besar yang dijalankan secara bermati-matian.

Di hampir semua pusat membuang undi, bendera hijau bulan putih dikibarkan megah beratus-ratus aktivis Pas yang pastinya adalah dari luar kawasan dan yang telah bermukim di Bukit Gantang sejak hari penamaan calon 29 Mac lalu.

Kumpulan berkopiah ini memenuhi surau dan masjid di segenap pelusuk baik di Trong, Changkat Jering apatah lagi di taman-taman perumahan Kuala Sepetang.

Jentera Pas digerakkan sejak awal pagi lagi mengalahkan kumpulan kecil aktivis Umno yang tidak begitu ramai keluar membantu Ismail Saffian. Apa yang pasti aktivis Umno yang sedikit itu tenggelam di tengah-tengah keriuhan kempen penuh gigih Pas.

Begitu juga kebanyakan kegiatan Umno tertumpu kepada majlis dan acara rasmi melibatkan Menteri berbanding kempen Pas dimeriahkan dengan ekspo perdagangan dan pameran seperti di Markas Pas Perak di Air Kuning.

Senario yang sama kelihatan dari awal pagi hinggalah lewat petang 7 April apabila beratus-ratus aktivis khususnya ‘tukang’ peraih undi Pas tetap berbaris di luar pusat membuang undi tidak kira panas terik atau hujan renyai-renyai berbanding kumpulan kecil aktivis BN.

Deretan kereta dengan bendera dan logo Pas juga lebih banyak membawa pengundi berbanding BN menyebabkan pemerhati memberi pujian kepada jentera pilihan raya pembangkang yang sememangnya lebih bersiap sedia dan lebih gigih.

Namun apa yang agak menyedihkan adalah jentera BN hanya disertai aktivis Umno dan sekali sekala saja muncul kumpulan kecil ahli dan pemimpin Parti Gerakan dan MCA membantu kempen memikat pengundi terutama di kampung-kampung Melayu dan pekan ramai pengundi Cina.

Ini berbeza dengan Pas yang dibantu oleh hampir seluruh pemimpin DAP dan PKR dengan Anwar Ibrahim dan ‘orang kuat’ Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming turut serta di ceramah-ceramah memburuk dan memfitnah pemimpin BN.

Pas juga memastikan mesejnya konon ‘setiap pengundi Islam wajib mengundi Pas bagi memastikan mereka masuk syurga’ sampai kepada penduduk dengan menganjurkan ceramah dekat atau di dalam surau seperti di Taman Mewah, Kamunting.

Namun dalam keghairahan mereka berkempen bagi memenangkan Nizar, apa yang agak dikesalkan adalah tindakan berterusan Pas memfitnah pemimpin. Selain memburukkan Perdana Menteri Najib Tun Razak, anak-anak beliau terus difitnah.

Begitu juga Ahmad Zahid Hamidi digambarkan hadir di majlis jamuan dan tarian separuh bogel sedangkan gambar Ismail ditampal pada wajah lelaki berpelukan dengan wanita barat dan disebarkan di surau-surau. Surat-surat layang dengan tandatangan calon BN itu yang antara lain meminta maaf kerana perbuatan mungkar juga diedarkan sehari sebelum membuang undi. Semua tindakan khianat ini tidak syak lagi telah memburukkan imej Ismail dan BN di samping memungkinkan beliau kehilangan undi.

Apapun, kekalahan BN atau lebih tepat lagi Umno itu adalah satu pengajaran bahawa parti pemerintah perlu bekerja lebih keras dan mengotakan janjinya kepada lebih 19,000 pengundi Bukit Gantang yang setia menyokongnya selama ini.

Melupakan dan tidak membawa angin perubahan dan pembangunan kepada Bukit Gantang yang dikuasai Umno turun temurun sebelum Mac 2008, boleh membawa kesan buruk pada pilihan raya umum ke-13 kelak. - malaysiaaktif.com

Wednesday, April 8, 2009

Gagal Bukan Bermakna Rakyat Tolak Kepimpinan Najib: Hishammuddin

Renungan Perjuangan Belum Selesai: Hanya beberapa hari PM baru memegang jawatan nyata tidak banyak memberi impak kepada keputusan PRK Bukit Gantang. Ini kerana masyarakat tempatan telah mempunyai isu dan pandangan masing-masing..

SUNGAI PETANI,
7 April (Bernama)
-- Kegagalan Barisan Nasional merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau daripada pembangkang bukan bermakna rakyat menolak kepimpinan baru negara yang kini di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata terdapat beberapa faktor tempatan dan nasional yang menyumbang kepada kekalahan itu.

"Itu adalah jauh sekali kerana (Datuk Seri) Najib baru pegang tampuk pimpinan dan barisan jemaah menteri belum pun diumumkan dan dalam keadaan ini, saya rasa jauh untuk orang menilai kepimpinannya kerana saya mengenali Najib dengan dekat dan melalui beberapa pilihan raya kecil dengannya.

"Saya percaya berikan masa kepada kami. Kita dapat buktikan bahawa politik BN bukan politik sementara, bukan politik sensasi dan bukan politik berkisar kepada isu-isu tertentu sahaja tetapi suatu perjuangan yang konsisten dan mengambil kira citarasa dan kehendak orang ramai, masa, tempat dan zaman," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan pilihan raya kecil itu di mana kegagalan BN merampas kembali kerusi berkenaan daripada pakatan pembangkang di Bilik Gerakan BN di sini malam ini.

Katanya adalah tidak adil untuk menilai prestasi BN di bawah pimpinan Najib kerana pilihan raya kecil berlaku ketika BN baru saja mengalami peralihan kuasa dan pertukaran pemimpinnya.

"Beri masa kepada kami dan kita akan membuktikan bahawa politik BN bukan sementara, sensasi dan berkisar pada isu tertentu sahaja tetapi perjuangan BN adalah konsisten dan mengambilkira aspirasi rakyat," katanya.

Hishammuddin berkata kekalahan pilihan raya kecil itu memberi pengajaran berguna kepada BN dalam mengharungi masa depan terutamanya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Dalam pada itu, beliau berkata BN menerima keputusan kekalahan kerusi DUN Bukit Selambau dengan hati terbuka dan parti itu akan mengkaji faktor-faktor yang membawa kepada kekalahan itu.

"Ini merupakan satu pengajaran yang ada hikmahnya dan kita akan telitinya secara terperinci dan memastikan bahawa menjelang pilihan raya umum atau pilihan raya kecil yang akan kita hadapi, kita belajar dari pengalaman kita di sini," katanya.

Turut hadir pada sidang media itu Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Mahdzir Khalid dan calon BN Datuk S. Ganesan.

Sementara itu, Ganesan yang kelihatan sugul tetapi tenang menerima keputusan yang tidak berpihak kepada beliau dan BN.

"Kita hormati keputusan yang telah dibuat oleh pengundi di Bukit Selambau namun kita akan tetap terus berkhidmat kepada masyarakat di mana janji-janji yang telah diberikan, kita akan tunaikan," katanya.

Dalam pilihan raya kecil itu, BN memperoleh 10,229 undi, calon PKR S.Manikumar mendapat 12,632 undi manakala kesemua 13 calon Bebas hilang wang pertaruhan. Majoriti undi 2,403.

-- BERNAMA

Tuesday, April 7, 2009

Proses Pengundian Di Bukit Gantang



Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri membantu menolak kerusi roda Jaliah Jailani, 60, (tengah) ketika hadir meninjau pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Ayer Putih, Bukit Gantang, sempena Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang, Selasa. Foto: Shahrizan Jeffri Aziz.