Wednesday, May 20, 2009

DAP DALANG WAYANG KULIT NIZAR

V.Sivakumar menuduh kerajaan Perak pimpinan Dr. Zambry sebagai "kuda kepang". Sebagaimana sifatnya "kuda kepang", ia tidak boleh bertindak bersendirian, "ia tidak boleh bergerak".

Jika itulah gambarannya, maka Sivakumar perlu juga mencari gelaran bagi menggambarkan bentuk kerajaan yang dipimpin oleh Nizar. Sebelum krisis, Nizar hanyalah dilihat sebagai wayang kulit, manakala dalangnya adalah DAP. Lain-lain anggota PKR hanyalah sekadar pemain muzik, termasuk peniup serunai. Setiap pergerakan dialunkan menurut melodi, sama ada bernada marah, tenang ataupun sedih.

Pak Dogol, yang merupakan watak yang hodoh tetapi paling berkuasa. Manakala hanuman sebagai watak pahlawan yang gagah perkasa. Maka DAP menjadi hanuman, Pak Dogolnya ialah Nizar yang terpaksa menurut telunjuk yang diminta oleh hanuman. Oleh itulah Nizar sanggup meluluskan pemberian tanah yang luas kepada orang-orang yang berada di sekitar watak hanuman. Pemberiannya ialah selama 999 tahun, kenapa tidak kekal selama-lamanya?

Pak Dogol yang tonggek itupun tidak faham. Pak Dogol yang mendapat berita gembira apabila Mahkamah Tinggi membuat keputusan sah sebagai Menteri Besar mengambil langkah paling harakiri dalam karier politiknya. Dia pecat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-undang. Dia pun mengisytiharkan Sidang Bawah pokok sebagai sah. Tak sampai 24 jam berkuasa, dia lakukan apa sahaja bagi menunjukkan kuasanya.

Pak Dogol yang kemaruk kuasa itu mungkin telah termakan spinach yang memberikan kekuatan mengalahkan Popeye. Mungkin juga setelah beberapa bulan menunggu selepas diisytiharkan tidak mendapat majoriti, ia mengumpulkan kekuatan melalui spinach itu. Agaknya le?

Kita pun menjadi keliru apabila tidak seorang PAS menentang apabila Ngeh menggunakan ayat Qu'ran, walhal suatu ketika dahulu Nik Aziz menyelar Kementerian Pelajaran yang berhasrat untuk mengambilalih sekolah-sekolah agama negeri (SAR dan SMAN). Tok Guru bercakap depan para pelajar di Timur Tengah, pada zaman khalifah dahulu (merujuk kepada zaman Khalifah ar-Rasyidin), orang bukan Islam tidak berhak bercakap mengenai Islam. Jika dilakukan juga bererti boleh dikenakan hukum bunuh.

Tapi bila Ngeh membaca ayat Qur'an untuk membantuk kempen PAS, kenapa tidak ada fatwa tersebut dikeluarkan oleh Tok Guru. Tok Guru hanya menyatakan ia tidak salah dan dibolehkan dengan memberikan contoh tindakan orientalis mengkaji Islam. Nampaknya bila berpihak kepada PAS, dihalalkan dan tidak berpihak kepada PAS diharamkan.

Kalau tidak konsisten atau double standard ini, dalam Islam tentunya boleh dikatakan m.....k? Tok Guru tentunya lebih maklum kerana Tok Guru belajar agama hingga ke Aligarh, India dan Mesir. Saya hanya belajar agama sedikit sahaja, itu pun di tepi masjid (bukan dalam masjid).

Sesekali dengar Tok-tok guru mengajar, tapi tidak duduk dalam masjid, kerana sebahagian besar orang dalam masjid "mengharamkan" pemakai jeans ketika itu. Saya memangnya tidak mempunyai seluar lain, kecualilah jeans, maka saya berada di luar masjid untuk mendengar syarahan tok-tok guru setiap malam Jumaat, jika saya tidak meninggalkan kampong.

Hei. hei apa dah jadi ni: Hari ini boleh, tapi kelmarin haram? Tunggang terbalik jadinya. Harunya haru dek kerana politik, apa pun boleh termasuk "menjaja agama", dan menukarkan prinsip asal perjuangan. Saya kembali menyemak beberapa tulisan Professor Zulkifli dan beberapa orang pengasas PAS awal untuk mencari kebenaran perjuangan dulu, kini dan selamanya oleh mereka yang bernaung di bawah perjuangan Islam.
( http://www.selamba-u.blogspot.com/)

No comments:

Post a Comment