Showing posts with label Pas. Show all posts
Showing posts with label Pas. Show all posts

Sunday, March 29, 2009

Pas mula hilang keyakinan di Bukit Gantang


CALON Pas, Nizar Jamaludin, tidak kelihatan ceria bila berjalan masuk ke Pusat Penamaan Calon P.059 Bukit Gantang, Ahad hari ini. Apakah yang membuat beliau gusar hingga hilang keyakinan diri begitu juga Presiden dan pucuk pimpinan Pas yang mula dilanda kebimbangan dalam persaingan dengan BN di Bukit Gantang?

Nasir Sukiman
29 Mac 2009

CALON Pas, Nizar Jamaludin, tidak kelihatan ceria bila berjalan masuk ke Pusat Penamaan Calon P.059 Bukit Gantang, Ahad pagi tadi.
Beliau tahu bukit yang perlu didakinya begitu licin terutama memandangkan hakikat kawasanundi ini merupakan kubu Umno dan Barisan Nasional sejak dulu lagi dan hanya terlepas daripada genggaman satu kali saja iaitu pada 8 Mac, 2008.
Itupun berikutan masalah calon didatangkan dari luar. Kini Nizar harus berdepan anak jati Bukit Gantang, Ismail Saffian, ketua penerangan Umno bahagian didukung kuat oleh jentera parti yang bersatu padu.
Saingan dan tentangan kuat Umno yang diyakini mampu merampas semula Bukit Gantang daripada Pas pada 7 April ini semakin dirasai bukan saja berikutan perpaduan di kalangan ahli dan pucuk pimpinan di peringkat bahagian, tetapi juga kekentalan dan semangat juang barisan baru parti di bawah Najib Tun Razak.
Umno di bawah Najib bergandingan dengan Muhyiddin Yassin, Ahmad Zahid Hamidi dan seluruh jentera dikerah ke Bukit Gantang sekaligus mengubah dan menggugat keyakinan awal Pas dan Nizar yang lebih banyak mengharapkan simpati pengundi.
Betapa pentingnya BN dan Umno khususnya mencapai kemenangan ditekankan oleh Muhyiddin memandangkan ia adalah pilihan raya kecil pertama selepas berlakunya peralihan kuasa dan kepimpinan dalam parti melibatkan bakal Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Muhyiddin Yassin memberitahu barisan kepimpinan baru Umno yang dibentuk Khamis lepas akan memberi keyakinan kepada rakyat tentang kesungguhan kerajaan BN untuk membawa perubahan dan pembaharuan seperti yang diharapkan mereka.
Setiausaha Agung Pas, Kamaruddin Jaafar berpendapat pucuk pimpinan baru Umno sudah pasti mahu membuktikan kemampuan masing-masing dalam usaha membawa kemenangan kepada BN di Bukit Gantang.
Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Ismail Saffian, 49, calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, 52, dan calon bebas Kamarul Ramizu Idris, 42.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pula menganggap BN mempunyai kelebihan dalam pilihan raya itu kerana mereka mempunyai segala keperluan dan jentera pilihan raya mencukupi.
Penyandangnya Roslan Shaharum dari PAS meninggal dunia pada 9 Februari lepas, akibat serangan jantung. Pada 8 Mac, 2008 Roslan memenangi kerusi berkenaan setelah menewaskan calon BN Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi dan calon bebas M. Mohganan dengan majoriti 1,566 undi. Sebagaimana kempen tahun lalu, Pas dijangka terus menggunakan surau dan isu Islam dalam ceramahnya selain menggesa pengundi ‘menderhaka’ terhadap Sultan.

Saturday, March 28, 2009

Kampung penuh bendera, pekan sunyi



SATU fakta agak mengejutkan adalah di hampir semua kawasan ramai pengundi Cina baik di pekan Trong, Cangkat Jering, Simpang atau Kuala Sepetang, tidak banyak atau tidak ada langsung bendera dan sepanduk Pas, Barisan Nasional, Gerakan atau parti lain dipasang di sepanjang pekan atau jalan.


Ini berbeza dengan keadaan dan suasana di kampung Melayu sepanjang jalan seperti di Cangkat Ibol, Kampung Menteri, Kampung Cheh atau di Sungai Rotan, yang ibarat pesta bendera dan sepanduk yang begitu meriah.
Kita dapat lihat bendera dan sepanduk BN atau Umno dipasang berdekatan atau saling tindih menindih dengan bendera dan sepanduk Pas saja tidak ada PKR atau DAP.

Namun kata orang kampung mereka sebenarnya menyokong BN dan Umno tetapi aktivis Pas sengaja memasang bendera parti itu di sekitar kampung tanpa kebenaran penduduk.
Jelas sebahagian besar penduduk kampung yang sudah menikmati faedah dan kemudahan seperti sekolah, elektrik dan air selain jalan berturap hasil usaha kerajaan BN tetap menyokong kerajaan dan menolak Pas apatah lagi DAP dan PKR.

Malangnya ketika kerajaan campuran Pas, DAP dan PKR berkuasa kurang setahun mereka tidak melaksanakan sebarang projek berfaedah dan menghalang usaha BN membangunkan terus kampung dan pekan.
Kerajaan campuran itu mengutamakan isu tidak menguntungkan ramai rakyat seperti pemberian tanah kekal kepada segolongan kecil penduduk saja.

Wednesday, March 25, 2009

Sepanduk Fitnah Bertaburan di sekitar Bukit Gantang


Melihat kepada sepanduk di atas yang berupa fitnah anda sudah tentu tahu siapa yang membuat dan memasangnya. Bukan Panglima nak serkap jarang, tapi lihatlah logo Pas di atas sepanduk fitnah ini.

Pas yang dikatakan parti yang memperjuang Islam sepatutnya mengamal sepenuhnya hukum-hakam Islam, bukan menggunakan untuk kepentingan politik sahaja. Adakah dalam Islam kita dibolehkan untuk mengeji dan mengutuk orang lain. Islam sepatutnya mengamalkan budaya hormat menghormati sesama umat.

Islam tidak mengajar kita untuk menyebar fitnah. Malah jika kita mencerca orang lain pasti mendapat balasan yang setimpal oleh tuhan.

Panglima menyeru semua warga Bukit Gantang menilai dengan bijak dan akal yang waras apa-apa juga sepanduk yang ada dan pasti ada menjelang pilihan raya kecil Bukit Gantang 7 April ini. fikir-fikirkan..

Ngeh persenda ucapan Salam, pemimpin dan penyokong Pas bersorak sorai

Coleteh Bukit Gantang (3)


KIRA-KIRA jam 10.35 Isnin malam, Presiden Pas Hadi Awang mengumumkan pencalonan Nizar Jamaluddin, bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang di depan beberapa ribu penyokong di padang Taman Kota Jaya, Simpang, Taiping.

Jelas sekali, kelulusan dan permit polis menggunakan Padang Kota digunakan sebaik mungkin oleh Pas dan wakil-wakilnya. Pemimpin DAP dan PKR selain Hadi mengambil kesempatan memancing undi sambil mencemuh. menfitnah,memutar belit fakta dan tentunya mencari kesalahan kerajaan saja.

Namun apa yang Coleteh agak terkilan adalah apabila mendengar ucapan Salam semua pemimpin itu kepada hadirin dalam pelbagai bahasa.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Wanikam, Ni hau ma – tentunya semuanya itu baik bagi mengambil hati hadirin yang majoriti kaum Melayu sedangkan pengundi Cina dan India boleh dikira.

Apa yang dikesali adalah apabila Ngeh yang juga Pengerusi DAP Perak memulakan ucapan dengan memberi salam. Dia ikut suka dia jer. Beliau amat sukar untuk menyebut Salam sambil berkerut-kerut dahi.

Tapi dia belasah semacam jer bunyinya. Sangat pelik bunyinya. Susah nak eja apa yang disebut oleh Ngeh itu. Apa yang pasti Ngeh main hantam saja. Sungguh aneh dan memalukan.
Tapi pemimpin dan hadirin berkopiah dan mak aji Pas bersorak sorai, gembira kononnya Cina DAP dah terima Islam dan boleh terima Melayu, dah boleh makan sepinggan.

Bagi wakil DAP tu, salah sebut Salam mungkin bukan penting sangat. Yang penting orang Pas Bukit Gantang suka. Tapi jangan lupa DAP sering membantah sekeras-kerasnya apabila Azan dikumandangkan di masjid-masjid dan surau-surau.

Salam yang diberikan oleh Ngeh tu salah sebutannya. Terlalu berserabut. Anda boleh fahamla, jika menyebutnya sekadar mahu menunjuk-nunjuk . Tapi orang Cina Islam, ok pulak fasih dan betul mereka menyebutnya.
Apa yang pasti lain bunyinya orang Islam dan bukan Islam menyebut kalimah Allah dan ucapan Salam.

Tapi kalau setakat nak mengambil hati orang Melayu dan Pas pun buatlaa latihan “sebutan” . Ramai ustaz dan ustazah di kalangan pemimpin Pas yang boleh ajar cam mana nak sebut perkataan Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh.. dengan baik.

Tapi diaorang berlagak bodoh jer. Tidak peka langsung Seolah-olah tak ada apa yang berlaku. Tak tahula pula apa hukum orang kafir memberi Salam kepada orang Islam. Kalau orang kafir memberi salam Assalamualaikum kepada orang Islam, apa yang harus kita jawab. Bagi mereka yang tahu hukum-hakam Islam bolehlah menjawab dengan betul.Tapi bagi yang lain pasti belasah jawab macam biasa jer.

Apakah tujuan di sebalik ucapan Salam pemimpin DAP itu? Apakah makna Salam Ngeh itu? Adakah ada kepentingan politik ataupun hatinya ikhlas mahu mengenali Islam atau ingin mengaburi pemikiran orang islam Pas Bukit Gantang?

Celoteh cadang agar Hadi atau ustaz dan ustazah Pas membuat kelas pengucapan Salam dengan sebutan yang betul kepada wakil Cina dan India. Fikir-fikirkanlah warga Bukit Gantang.-herokecik

Monday, March 23, 2009

Nizar Bakal Calon Pas Bukit Gantang...Calon Pilihan Hadi atau Ngeh?

Dari raut wajah ketiga-tiga orang itu pasti Ngeh orang yang paling gembira sekali permintaan beliau untuk Nizar jadi calon Bukit Gantang dipenuhi.Apakah Nizar akan jadi boneka DAP lagi, terserahlah kepada warga Bukit Gantang pada 7 April ini..fikir-fikirkanlah.-Panglima