Wednesday, April 1, 2009

Rafidah tampil bantu BN di Bukit Gantang





NASIR SUKIMAN
31 Mac 2009
(www.malaysiaaktif.com)

RAMAI yang berpendapat jentera kempen BN akan tempang sedikit jika Rafidah Aziz gagal mempertahankan jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia. Mereka percaya Rafidah tidak akan turun padang. Itu bacaan mereka sebelum Perhimpunan Agung UMNO ke-59 yang baru berakhir Sabtu lalu.

Tangapan mereka meleset. Pada hari ini, Rafidah muncul di kawasan Parlimen Bukit Gantang bagi mendapatkan sokongan bagi
calon BN, Ismail Saffian.

``Kebetulannya saya tidak lagi jadi pengarah (jentera pilihan raya Wanita BN) secara langsung,
tapi saya datang nak lihat arahan kerja sudah dibuat...Alhamdulillah amanah saya (yang dibuat sebelum pemilihan)
diteruskan," katanya selepas melawat Bilik Gerakan Induk Wanita
Umno.

Pengurusan jentera pilihan raya di Bukit Gantang akan dikendalikan oleh Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim manakala Bukit Selambau akan diketuai Ketua Wanita Umno Bahagian Hulu Selangor Rosni Sohar.

"Pesanan saya, jika mereka teruskan kerja yang telah dirancang, tidak akan timbul masalah dan kempen berjalan lancar. Tanpa Wanita meraih undi dari rumah ke rumah, kita tidak akan dapat menjangkau pengundi di peringkat akar umbi.

"Harapan saya, petugas jentera pilihan raya Wanita BN yang baru ini (di bawah Shahrizat Abdul Jalil) cepat mengambil alih kerja dan mengagihkan urusan kerana kita tidak ada masa untuk nak belajar dan memahami kerja yang patut dibuat," katanya.

Malah bukan Rafidah sahaja yang tampil membantu jentera BN di Bukit Gantang, ramai lagi yang tewas turut serta termasuk Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO setelah didapati bersalah oleh Lembaga Displin UMNO atas kesalahan politik wang.

Antara yang paling ketara ialah Muhammad Mohd Taib, calon Timbalan Presiden UMNO yang tewas kepada Muhyiddin Yassin, dan Mukriz Tun Mahathir yang tewas dalam pertandingan Ketua Pemuda UMNO.

Ternyata UMNO mendapat semangat baru selepas Perhimpunan Agung yang menyaksikan peralihan kuasa pucuk pimpinan daripada Pak Lah kepada Mohd Najib Tun Razak dan Muhyiddin.

Pas yang dari awal menyangka Bukit Gantang tidak akan terlepas daripada genggaman, kini mulai terhakis keyakinan. - malaysiaaktif.com

Nizar ada awek - gosip

Nukilan : http://malaysiaheaven.blogspot.com/ (Gambar di atas hanyalah salah seorang ahli Pas yang membawa topeng Nizar di kawasan Majlis Perbandaran Taiping pada Hari Penamaan Calon, P.059 Bukit Gantang, 29 Mac lalu)

NIZAR, calon Pas bagi P.059 Bukit Gantang tidak dibenarkan berdepan dengan pihak media sejak akhir-akhir ini berikutan pendedahan kumpulan blogger termasuk malaysiaheaven.blogspot.com bahawa beliau ada awek.
Ada pihak kata, Nizar ada girlfriend sedangkan satu gosip lain pula kata dia sudah pun ada calon isteri kedua!
Lebih tepat lagi, kata gosip dipetik oleh blog itu, Nizar Jamaluddin dah lama cuba untuk berpoligami hasil hubungan dengan gadis bernama Manisha di Ipoh.
Laporan itu tidak pula menyebut kemungkinan Nizar terlibat dalam skandal tetapi sebelum ini mendedahkan jika ada kalangan pemimpin yang singgah dan 'bermain' di Danok, apa salahnya ke sana.
Cuma penulis blog ini agak lebih bermaruah kerana mahu Nizar tidak menyembunyikan apa yang digosipkan itu dengan memberitahun Datin Seri Fatimah hasratnya untuk berkahwin seorang lagi.
Semuanya kerana Nizar dikatakan berasa dirinya cukup mampu daripada segi kewangan untuk 'pasang spare tayar'.
Daripada segi harta pun, bekas MB Perak itu cukup mewah. Selain kereta Mercedes, BMW ada juga sebuah Toyota Camry milik kerajaan yang belum lagi dipulangkannya kerana beranggapan beliau masih kekal MB.
Jika benarlah gosip ini, maka jelas di sebalik wajah seriusmu Nizar terselit keinginan membuak-buak menambah isteri bukan 'harem' seperti di istana maharaja China! Mereka tu bujur lalu melintang patah...asal ada saja gadis berdahi licin maka perlu 'diculik' bawa pulang sebagai habuan.
Apa kata Nizar, kamu jawab semua gosip dan berdepan dengan pihak media yang mahu kamu sendiri dibenarkan membuka mulut dan tidak membenarkan pemimpin Pas melindungi kamu.

Calon Pas Bukit Gantang

nukilan : http://www.gerakan-anti-pkr.blogspot.cm/

ADAKAH INI CALON PILIHAN RAKYAT BUKIT GANTANG???

Menteri Penderhaka Sultan

nukilan : http://www.gerakan-anti-pkr.blogspot.com


"Perdana Menteri PKR" 16 September 2008! Wahai Anwar hidung tak mancung pipi tersorong-sorong!

nukilan : http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/

Nizar : Nama saya ialah Chan Ah Choong




”Ibu saya panggil saya Ah Choong. Ketika saya mengaji di sekolah vokasional Ipoh, pengetua, guru dan rakan-rakan sekolah memanggil saya Ah Choong. Kalau nak cari Mohamad Nizar, ramai rakan-rakan sekolah tidak mengenali siapa.” ---- Nizar

(Taiping 27 hb ) Mantan Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin bukan sahaja mempunyai ibu keturunan Cina, malah juga diberikan nama Cina, Chan Ah Choong.

”Ibu saya panggil saya Ah Choong. Ketika saya mengaji di sekolah vokasional Ipoh, pengetua, guru dan rakan-rakan sekolah memanggil saya Ah Choong. Kalau nak cari Mohamad Nizar, ramai rakan-rakan sekolah tidak mengenali siapa.”
Guru dan rakan-rakan sekolah panggil Ah Choong. Nizar berkata, beliau dipanggil Ah Choong tidaklah ada sebab khusus, tetapi dipercayai sebab nama ibunya Chan.
Ketika ibu berkahwin dengan bapa, nama ibu ditukar kepada Hamidah, selain diberikan juga nama Cina untuk beliau.
Beliau memberitahu pemberita, : "Saya telah biasa dengan panggilan Ah Choong.” Nizar juga memberitahu masa antara hari penamaan calon dan hari pengundi beliau benar-benar menjadi datuk kerana anak perempuan yang sulong Fatimah, 25 tahun, dijadual akan melahirkan anak iaitu pada awal April.
Tarikh Fatimah dijangka bersalin ialah 7 April 2009, tetapi tidak ketahui cucu akan dilahirkan sama ada lelaki atau perempuan. Ditanya sama ada kelahiran cucu oleh anaknya sebagai petanda membawa tuah kepada beliau, beliau menjawab itulah harapan beliau.

Pas tabal Ngeh 'sultan'


PADA malam 23 Mac lalu, ramai orang Melayu khususnya penyokong Pas yang berhimpun di Padang Taman Kota Jaya, Simpang, Taiping, tidak sedar Hadi Awang bukan saja akan mengumumkan nama calon parti itu bagi P.059 Bukit Gantang, malah akan menabalkan 'sultan' baru Perak.
Ini berikutan penganjur majlis itu sudah meletakkan empat kerusi berbaldu kuning di atas pentas hampir sama dengan yang biasa digunakan bagi majlis Diraja di Istana Kesultanan Melayu.
Benarlah sangkaan ramai pemerhati termasuklah pengendali.. Awekzbukitgantang.blogspot.com yang berjaya merakamkan kehampaan seluruh rakyat Perak terhadap tindak-tanduk Pas yang rela menggadaikan maruah Melayu dengan membenarkan Ngeh Koo Ham duduk di kerusi empuk kekuningan layak 'sultan' baru Perak.
Sedarlah semua pemimpin Pas dan Parti Keadilan Rakyat segala hak Melayu akan digadai oleh Ngeh demi kepentingan DAP dengan dasar Malaysian Malaysia diuar-uar sejak penubuhannya dulu.
Sedarlah juga kita ni menjadi ibarat Pak Kaduk ayam laga terkulai kaku patah taji, kampung juga turut tergadai sedang orang ramai yang menyaksikan pertarungan itu bertepuk tangan dan bersorak-sorai.