Monday, April 6, 2009

PR - Pelingkup Rakyat


Tun Mahathir Bantu Calon BN



Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad pasti akan banyak membantu calon BN, Ismail Safian pada pilihan raya kecil Parlimen P.059 Bukit Gantang, Selasa 7 April. Ribuan orang hadir ke majlis dan kempen yang diadakan di Simpang, Taiping dan beberapa kawasan ;ain.
Tun Mahathir menekankan pentingnya kerajaan Barisan Nasional yang telah terbukti berjaya memerintah dengan baik terus disokong oleh pengundi Bukit Gantang.

Mantan Perdana Menteri itu juga mahu rakyat jelata menolak sama sekali calon Pas, Nizar Jamaluddin yang telah menderhaka kepada Sultan dan sanggup menggadaikan bangsa sendiri demi kepentingan politik sempit Pas.

Panglima sekali menyeru kepada warga Bukit Gantang yang masih bersikap 'atas pagar' agar memikir dan mengutamakan masa depan anak-anak kita dan tidak sengaja memperjudikan harapan dan cita-cita mereka.
Tun Mahathir melahirkan keyakinan terhadap pucuk pimpinan baru kerajaan diterajui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang pasti akan membawa perubahan ke arah kemantapan dan kestabilan negara.
Ayuh warga Bukit Gantang berilah sokongan kepada Calon BN, Ismail Safian pada hari membuang undi 7 April.

Pas makin terdesak untuk pancing undi

PAS kini semakin terdesak dan menakut-nakutkan pengundi Melayu-Islam agar memangkahnya pada 7 April.
Usah kalutlah Pas perjuangan kamu sedikitpun tidak ada kaitan dengan Islam kerana jika benar kamu perjuangkan Islam, sistem Syura sudah lama Pas terapkan dalam pemerintahan di Kelantan.
Hukum hudud yang sebahagian kecil daripada hukum Syariah Islam pun gagal dilaksanakan Pas walaupun Hadi Awang pernah mendabikkan dada mengisytiharkan "Pas akan laksanakan hudud sebelum ayam berkokok".
Pengundi Melayu di Bukit Gantang harus sedar, Pas sebenarnya tidak berani melaksanakan hukum Islam dan pemimpinnya hanya mementingkan kocek saja.
Pas akan bersekongkol dengan DAP, parti perkauman yang semakin gila kuasa dan mahu merampas kerajaan Perak pula setelah berjaya menawan Pulau Pinang.




Sepanduk ini dipasang di sebatang jalan di Cangkat Jering, jelas Pas cuba untuk mengaburi umat Islam supaya menyokong mereka. Panglima menyeru pengundi Bukit Gantang membuat pilihan yang tepat dengan memberi sokongan yang jitu kepada calon BN, Ismail Safian.Umno dan BN telah terbukti memelihara Islam dan pemimpinnya tidak menggunakan kedudukan untuk kepentingan politik sempit seperti Pas.

GPMS, BBPM kutuk Nga persenda al-Quran

Renungan Bukit Gantang:
Jangan kita mengambil kesempatan ,awas jangan kita mempermainkan agama lain demi untuk kepentingan politik sempit.


KUALA LUMPUR Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mengutuk tindakan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming mempersendakan ayat suci al-Quran ketika mengadakan ceramah di Bukit Gantang, Perak, malam tadi.

Presidennya, Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, Kor Ming wajib meminta maaf secara terbuka terhadap perbuatannya itu yang merupakan penghinaan terbesar kepada umat Islam bukan sahaja di negara ini tetapi di seluruh dunia.
Beliau menegaskan, bagaimana mungkin Kor Ming yang langsung tidak beriman dan mempercayai Allah adalah tuhannya dengan sewenang-wenangnya membaca al-Quran demi agenda politiknya.
Difahamkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis dan Ahli Parlimen Taiping itu mempersendakan ayat-ayat suci al-Quran telah banyak kali dilakukan dalam sesi ceramahnya sebelum ini.

Sementara itu di Taiping, Perak, Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) membuat laporan polis terhadap Kor Ming.Sementara itu di Taiping, Perak, Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) membuat laporan polis terhadap Kor Ming.
Laporan tersebut dibuat oleh Presiden BBPM, Osman Abu Bakar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping pada pukul 6.30 petang ini.
"Kami meminta beliau berhenti berkempen menggunakan ayat al-Quran kerana bacaannya bukan sahaja tidak betul malah beliau menyebut ayat yang dibacanya dari 'Surah Aura' yang tidak wujud dalam al-Quran, tetapi yang ada surah al-A'raf," katanya di pekarangan IPD Taiping semalam.-
Utusan Malaysia-5 April

Anwar merapu, Melayu Bukit Gantang tertipu

APAKAH bentuk pembangunan yang bakal dibawa Pas ke kawasanundi Bukit Gantang berbanding Umno-Barisan Nasional?
Tidak ada satupun projek dan rancangan sudah diatur dan diumumkan oleh Nizar Jamaluddin kerana beliau dan pemimpin lain Pas bersama-sama DAP dan PKR asyik sibuk memfitnah dan membuat penafian terhadap pelbagai kesalahan dan keadaan kucar-kacir berpunca daripada tindak-tanduk terutama penderhakaan terhadap Sultan Perak.
Kepincangan Pas dan kerajaan pembangkang itu telah melumpuhkan jentera perancangan pembangunan mereka sehingga segenap tenaga dicurahkan bagi menepis dan menidakkan kesilapan mereka dan angkara penderhakaan Nizar.
Isu yang mereka tonjolkan pada hampir semua ceramah tidaklah lain iaitu apa salahnya memberi geran tanah 999 tahun kepada kampung baru Cina?
Apa yang tidak didedahkan adalah orang Melayu tidak diberikan hak yang sama begitu juga sekolah agama rakyat. Mereka ini hanya diberikan hak setelah diungkit dan dibantah oleh pemimpin Melayu itupun pajakan singkat.
Pokoknya mengapakah golongan yang pernah menjadi pengkhianat tanah air iaitu tali barut, penyokong dan pembela pengganas komunis diberikan keistimewaan dan dianggap termiskin sedangkan ada banyak lagi projek pembangunan yang boleh diatur.
Sejarah menunjukkan betapa golongan tali barut ini bersubahat membunuh dan menyeksa penduduk kampung ketika pengganas komunis cuba merampas kuasa di tanah Melayu.
Mengapakah kita mudah lupa peristiwa pembunuhan dan pembakaran balai polis Bukit Kepong. Lupakah kita kepada Almarhum Sarjan Yassin dan anggota polis lain yang gugur mempertahankan balai itu dan maruah bangsa dan negara?
Malangnya Penasihat Umum PKR merangkap ketua pembangkang Anwar Ibrahim membangkitkan pelbagai isu sudah basi seperti judi, penderhakaan Tun Perak dalam buku Sejarah Melayu selain mempertahankan habis-habisan pemberian hak tanah kekal itu.
Namun, Anwar pada Ahad malam di Taman Mewah, Kamunting begitu lemah longlai dan tidak petah berbicara kerana jam sudah 11.30 disertai hujan renyai-renyai menangisi keangkuhan dan sikap mahu memperbodohkan pengundi beliau itu.
Oleh kerana tidak tahan dengan perangai Anwar yang semakin merapu dan membebel maka kumpulan demi kumpulan 'orang luar' yang berkenderaan mula meninggalkan kawasan ceramah ketika beliau masih cuba menipu itu.
Penduduk atau lebih tepat lagi pengundi di Taman Mewah yang rata-rata adalah pesara kerajaan seperti askar dan anggota polis sudah lama menutup pintu rumah mereka dan menonton televisyen saja daripada melayan kerenah Anwar dan balaci-balaci DAP seperti Nga.
Pada Anwar semua kerajaan buat salah tetapi Pas, PKR dan DAP tidak umumkan satu pun rancangan mereka bagi faedah pengundi Bukit Gantang.
Ini berbanding Umno-BN yang mengumumkan rancangan mengubah Kuala Sepetang menjadi satu lagi daya tarikan pelancongan dengan Mi Banjir Udang, kuala dengan mata hari terbenam indah menawan serta industri perikanan.
BN juga akan menyelesaikan masalah lesen nelayan bagi penduduk Cina Kuala Sepetang di samping memberikan tanah kepada penduduk di kawasan KTMB.
Dengan moto BN "Mohon Restu Rakyat" dan kempen gigih melawat rumah ke rumah, ceramah yang penuh sesak dengan pengundi dan penduduk jelas mesej hendak disampaikan tertanam dalam hati rakyat.

Pengundi Cina Beri Petanda Baik Di Bukit Gantang

Coleteh Bukit Gantang:
satu petunjuk bahawa arus pohon restu akan melanda....

BUKIT GANTANG: Walaupun pada peringkat awal banyak orang yang skeptikal mengenai sokongan orang Cina dan India terhadap Barisan Nasional (BN), namun hari ini sudah kelihatan satu petanda yang sangat menggalakkan daripada pengundi berkenaan, kata Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata penjelasan isu semasa sepanjang kempen dan keinginan rakyat melihat perubahan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang memberi harapan baru kepada mereka, juga menjadi punca kepada perubahan 'angin' oleh para pengundi kepada BN."

Jadi sudah ada angin perubahan daripada sikap pengundi. Saya berharap masyarakat Cina dapat memahami konsep BN dan menyokong kepimpinan BN kerana Datuk Seri Najib yang dilantik menjadi Perdana Menteri telah melaungkan slogan 'Satu Malaysia', menyuarakan satu gagasan besar dan berlaku adil untuk semua kaum," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama masyarakat Cina di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Sin Min di Simpang hari ini.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan bernilai RM1 juta kepada sekolah berkenaan untuk aktiviti pelajar dan guru serta pembangunan sekolah.Beliau berkata kepimpinan Umno dan BN diperkukuhkan lagi dengan kemasukan semula mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan anak mereka Datuk Mokhzani.
Beliau yakin kemasukan semula Dr Mahathir ke dalam Umno masih mampu untuk memberi nasihat, pandangan dan idea yang boleh dimanfaatkan demi kebaikan bukan sahaja masyarakat Melayu tetapi juga kepada rakyat Malaysia.
Mengenai dakwaan PKR bahawa 300 anggota PPP telah menyertai parti itu dan 6,000 lagi akan meninggalkan parti komponen BN, Muhyiddin berkata beliau tidak mempunyai maklumat terperinci mengenainya bagaimanapun telah meminta supaya Presiden PPP Datuk M.Kayveas menyelesaikan perkara itu jika benar kerana ia mungkin melibatkan masalah dalaman.-
BERNAMA- , 5 APRIL.