Tuesday, March 31, 2009

Pas, Nizar cemari kesucian masjid, surau

MUSTAFA Ali kata Pas tidak menggunakan masjid sebagai pentas dakyah politik tetapi hakikatnya iya. Imam Masjid Simpang, Taiping sudah hendak mengimamkan solat Maghrib, baru-baru ini tetapi tempat beliau diambilalih Nizar Jamaluddin.
Calon Pas bagi P.059 Bukit Gantang itu kemudian cuba pula menyampaikan tazkirah sedangkan majlis di masjid berkenaan adalah anjuran Barisan Nasional.
Pas dan Nizar tentunya mahu mengambil kesempatan dan meraih undi atau lebih tepat lagi ‘political mileage’.
Jika Nizar hendak menunjukkan siapa lebih alim, sudah tentunya di sini mungkin timbul soal riak.
Sememangnya dewan masjid tidak seharusnya digunakan bagi kepentingan politik atau untuk mencari pengaruh. Ini disedari betul oleh Mustafa, Naib Presiden Pas.
Pekarangan masjid pun jika digunakan dan mencetuskan pergeseran di antara dua golongan politik pasti melanggar semangat mengimarahkan rumah Allah itu.
Masjid lebih tepat lagi antara lain adalah pusat perpaduan, pentadbiran, dakwah selain markas pejuang Islam pada zaman kegemilangannya.
Apa yang pasti adalah surau di taman-taman perumahan sudah digunakan habis-habisan oleh Pas sebagai tempat menabur fitnah dan tohmahan terhadap pemimpin kerajaan dan Sultan seperti di Kamunting. Bukannya pekarangan surau malah dewan solat sekali.
Butir hujah penceramahnya kadangkala terlalu simplistic seolah-olah memperbodoh-bodohkan pendengar saja.
Lebih buruk lagi ada penceramah Pas mengitar semula isu lama dengan memberi jenama baru seperti soal siapa derhaka kepada Sultan.

Pas gagal bangunkan Bukit Gantang

Pokoknya patutkah Pas diberikan peluang kedua di P.059 Bukit Gantang? Hampir setahun mereka memerintah, keadaan di hampir seluruh kawasanundi tidak terjaga.
Kurang beberapa minit hujan lebat, air longkang tiba-tiba sama rata dengan jalan raya yang mula digenangi. Maknanya longkang tidak dikorek, rumput dan lalang menjadi semak samun.
Taman permainan kanak-kanak terbiar dengan lalang tinggi.
Lebih sedih lagi melihatkan gerai-gerai penjaja terutama Melayu tidak terbela walaupun menjadi tumpuan kakitangan dan pekerja yang bergegas ke pejabat.
Pas jelas tidak mampu membela nasib peniaga kecil Melayu ini. Betullah kata aktivis Pas sendiri masuk politik, jadi Ahli Parlimen atau Adun cepat jadi kaya kerana elaun bertimbun-timbun. Jadi rakyat sudah pasti diabaikan.

Monday, March 30, 2009

Siapa dalang tindak-tanduk Nizar?


Penduduk mahu lihat perubahan, pembangunan

Sepetang bersama rakan duduk di pekan Kuala Sepetang sambil melihat ikan, udang dan kerang dinaikkan dari jeti di situ.
Keadaan agak sibuk sikit dengan aktiviti harian, termasuklah lori-lori yang keluar masuk membawa hasil tangkapan untuk pasaran tempatan. Tak tahulaa hasil tangkapan ini dijual di sekitar Pulau Pinang, Ipoh ataupun Kuala Lumpur.
Walaupun kekurangan infrastruktur tetapi penduduk di sekitar Jeti Kuala Sepetang masih meneruskan aktiviti harian mereka.
Berehat seketika sambil minum tea Cina n kopi memang menyeronokkan sambil berbual-bual dengan pengunjung kedai. Walaupun kurang fasih berbahasa Melayu, namum hentam sajalaa janji sama-sama faham.
Rata-rata penduduk di situ memerlukan perubahan agar kepentingan anak-anak mereka terjamin.
Agak terkejut juga apa bila isu perubahan kuasa di sebut-sebut. Sebab itulah mereka mahu melihat Datuk Seri Najib Razak memainkan peranan menstabilkan terus ekonomi negara.
Di samping itu juga.. mereka menyambut baik dua tokok negarawan iaitu Tun Mahathir dan Pak Lah yang sanggup berganding bahu bekerjasama demi kepentingan rakyat.
Namun apa yang ramia tidak faham mengapa Nizar Jamaludin dicalonkan oleh tampuk pimpinan Pas. Nizar pernah pegang jawatan Menteri Besar Perak dan DUN Pasir Panjang.
Banyak tu gaji dan elaun diterima Nizar. Bila penamaan calon yang diumumkan tempoh hari, ramai terkejut bila anak tempatan Bukit Gantang tidak terpilih.
Adakah tiada calon yang layak bertanding atas tiket Pas atau BNNizar mahu menambah lagi gaji yang sedia ada serta kuasanya.
Maklumlah bertanding kerusi Parlimen ni, boleh pergi Parlimen, dapat elauns lagi. Apakah yang dimahukan Nizar dan Pas.
Semasa mengumumkan calon PAS yang bertanding di Parlimen Bukit Gantang di Padang Kota tempoh hari, rata-rata yang hadir bukanlah penduduk setempat. Semuanya orang luar. Mana perginya orang tempatan. Calon tempatan pun tak ada, inikan pula penduduk tempatan.
Apa pun angin perubahan amat dinantikan baik di Kuala Sepetang mahupun pengundi di Terong, Cangkat Jering.

-Herokecik

Sunday, March 29, 2009

Pas mula hilang keyakinan di Bukit Gantang


CALON Pas, Nizar Jamaludin, tidak kelihatan ceria bila berjalan masuk ke Pusat Penamaan Calon P.059 Bukit Gantang, Ahad hari ini. Apakah yang membuat beliau gusar hingga hilang keyakinan diri begitu juga Presiden dan pucuk pimpinan Pas yang mula dilanda kebimbangan dalam persaingan dengan BN di Bukit Gantang?

Nasir Sukiman
29 Mac 2009

CALON Pas, Nizar Jamaludin, tidak kelihatan ceria bila berjalan masuk ke Pusat Penamaan Calon P.059 Bukit Gantang, Ahad pagi tadi.
Beliau tahu bukit yang perlu didakinya begitu licin terutama memandangkan hakikat kawasanundi ini merupakan kubu Umno dan Barisan Nasional sejak dulu lagi dan hanya terlepas daripada genggaman satu kali saja iaitu pada 8 Mac, 2008.
Itupun berikutan masalah calon didatangkan dari luar. Kini Nizar harus berdepan anak jati Bukit Gantang, Ismail Saffian, ketua penerangan Umno bahagian didukung kuat oleh jentera parti yang bersatu padu.
Saingan dan tentangan kuat Umno yang diyakini mampu merampas semula Bukit Gantang daripada Pas pada 7 April ini semakin dirasai bukan saja berikutan perpaduan di kalangan ahli dan pucuk pimpinan di peringkat bahagian, tetapi juga kekentalan dan semangat juang barisan baru parti di bawah Najib Tun Razak.
Umno di bawah Najib bergandingan dengan Muhyiddin Yassin, Ahmad Zahid Hamidi dan seluruh jentera dikerah ke Bukit Gantang sekaligus mengubah dan menggugat keyakinan awal Pas dan Nizar yang lebih banyak mengharapkan simpati pengundi.
Betapa pentingnya BN dan Umno khususnya mencapai kemenangan ditekankan oleh Muhyiddin memandangkan ia adalah pilihan raya kecil pertama selepas berlakunya peralihan kuasa dan kepimpinan dalam parti melibatkan bakal Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Muhyiddin Yassin memberitahu barisan kepimpinan baru Umno yang dibentuk Khamis lepas akan memberi keyakinan kepada rakyat tentang kesungguhan kerajaan BN untuk membawa perubahan dan pembaharuan seperti yang diharapkan mereka.
Setiausaha Agung Pas, Kamaruddin Jaafar berpendapat pucuk pimpinan baru Umno sudah pasti mahu membuktikan kemampuan masing-masing dalam usaha membawa kemenangan kepada BN di Bukit Gantang.
Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Ismail Saffian, 49, calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, 52, dan calon bebas Kamarul Ramizu Idris, 42.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pula menganggap BN mempunyai kelebihan dalam pilihan raya itu kerana mereka mempunyai segala keperluan dan jentera pilihan raya mencukupi.
Penyandangnya Roslan Shaharum dari PAS meninggal dunia pada 9 Februari lepas, akibat serangan jantung. Pada 8 Mac, 2008 Roslan memenangi kerusi berkenaan setelah menewaskan calon BN Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi dan calon bebas M. Mohganan dengan majoriti 1,566 undi. Sebagaimana kempen tahun lalu, Pas dijangka terus menggunakan surau dan isu Islam dalam ceramahnya selain menggesa pengundi ‘menderhaka’ terhadap Sultan.

Pertandingan Tiga Penjuru Di P059 Bukit Gantang





Pilihan raya kecil P.059 Bukit Gantang pada 7 April depan, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Ismail Saffian, 49, calon Pas Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan calon Bebas Kamarul Ramizu Idris, 42.

Nizar tiba di Pusat Penamaan Calon di Dewan Perbandaran Taiping, jam 9.10 pagi diikuti Ismail dan terakhir Kamarul.

Kira-kira 8,000 penyokong Pas kebanyakannya dari luar kawasan Bukit Gantang berhimpun di kawasan berbukit dekat padang dewan perbandaran dengan kira-kira 200 meter memisahkan mereka daripada penyokong Umno dan Barisan Nasional.

Sejak kira-kira jam 6.30 pagi, kumpulan penyokong dua parti itu sudah mula berhimpun dan bergerak berhampiran kawasan dewan berkenaan, jam 9.00 pagi.

Pasukan polis dengan dibantu polis simpanan Persekutuan (FRU) digembleng sekitar kawasan bangunan dewan bagi memastikan kelicinan proses penamaan calon dan mengawal keadaan.

Keadaan menjadi riuh-rendah apabila penyokong Pas selain segelintir daripada DAP dan PKR bernyanyi dan memukul gendang selain meniup trompet. Satu ketika sekumpulan cuba merempuh bahagian belakang pagar dewan perbandaran itu.

Percubaan mereka untuk memasuki kawasan dewan itu dapat dihalang polis tambahan dikejarkan ke situ.

Saturday, March 28, 2009

Kampung penuh bendera, pekan sunyi



SATU fakta agak mengejutkan adalah di hampir semua kawasan ramai pengundi Cina baik di pekan Trong, Cangkat Jering, Simpang atau Kuala Sepetang, tidak banyak atau tidak ada langsung bendera dan sepanduk Pas, Barisan Nasional, Gerakan atau parti lain dipasang di sepanjang pekan atau jalan.


Ini berbeza dengan keadaan dan suasana di kampung Melayu sepanjang jalan seperti di Cangkat Ibol, Kampung Menteri, Kampung Cheh atau di Sungai Rotan, yang ibarat pesta bendera dan sepanduk yang begitu meriah.
Kita dapat lihat bendera dan sepanduk BN atau Umno dipasang berdekatan atau saling tindih menindih dengan bendera dan sepanduk Pas saja tidak ada PKR atau DAP.

Namun kata orang kampung mereka sebenarnya menyokong BN dan Umno tetapi aktivis Pas sengaja memasang bendera parti itu di sekitar kampung tanpa kebenaran penduduk.
Jelas sebahagian besar penduduk kampung yang sudah menikmati faedah dan kemudahan seperti sekolah, elektrik dan air selain jalan berturap hasil usaha kerajaan BN tetap menyokong kerajaan dan menolak Pas apatah lagi DAP dan PKR.

Malangnya ketika kerajaan campuran Pas, DAP dan PKR berkuasa kurang setahun mereka tidak melaksanakan sebarang projek berfaedah dan menghalang usaha BN membangunkan terus kampung dan pekan.
Kerajaan campuran itu mengutamakan isu tidak menguntungkan ramai rakyat seperti pemberian tanah kekal kepada segolongan kecil penduduk saja.

Politik Tenggelam Dek Mi Banjir Udang

KETIKA singgah di Gerai Mak Teh di Kuala Sepetang untuk makan mi banjir udang, jelas isu politik tidak dibincangkan, tidak kira anda penyokong Umno, Barisan Nasional atau Pas, PKR dan DAP.
Bagaimanapun, sehingga hari penamaan calon 29 Mac, paling ramai berkumpul di Trong, Kuala Sepetang dan Cangkat Jering tentunya aktivis Umno dan Pas saja.
Ini terbukti dengan sepanduk dan bendera di banyak rumah tumpangan dan homestay selain hotel kecil di sekitar tiga kawasan itu. Sekali sekala kelihatan juga sepanduk dan bendera PKR dan Gerakan.

Mengapa di gerai Kuala Sepetang, politik diketepikan?
Sebabnya: pengunjung harus menghabiskan kira-kira 20 ekor udang dalam sepinggan mi kari special dijual dengan harga RM6 saja (udang kolam); RM10 (udang laut) atau RM12.

Pada hujung minggu, gerai-gerai sepanjang Kuala Sepetang sesak dengan pengunjung yang meletakkan kereta di kiri kanan jalanraya. Hanya mi udang banjir dijual sedangkan pada hari lain, turut dijaja adalah mi,kueh teow dan nasi goreng udang.

Cuma di Gerai Mak Jah mungkin anda akan terus dapat menikmati juadah goreng tidak kira hari itupun dengan udang, telur dan kerang dengan harga agak murah.
Malah bolehlah dikatakan kadar harga makanan khas Kuala Sepetang ini tentunya mengejutkan aktivis parti politik dan petugas media yang bermukim di P.059 Bukit Gantang ini.
Di bandar Kamunting pula khususnya di depan dan di tepi Stesen Petronas, Restoran Mihun RM1 dan sate secocok 15 sen dan 25 sen menjadi tumpuan semua. Ini ditambah lagi dengan hidangan nasi ayam cuma RM1.70 sepinggan saja.
Aktivis dan petugas media dari KL tentunya terkejut kerana jika diminta mencari nasi ayam RM2.50 sepinggan pun di ibu negara, ramai menuduh tentunya ayam ‘xcident’ boleh dijual dengan harga murah.
Tapi di Kamunting nasi ayam kurang RM2 tetap enak dan menyelerakan.

Puak anti-Anwar dalam PKR ancam calon

Renungan Bukit Gantang

KEPUTUSAN Anwar Ibrahim memilih S Manikumar, usahawan lulusan ijazah calon Bukit Selambau akhirnya memakan diri apabila ceramah Parti Keadilan Rakyat (PKR) sentiasa tegang.
Ini bukan kerana bantahan penyokong PKR atau pihak parti lain, sebaliknya ancaman puak menentang Anwar dan Manikumar yang tidak puas hati dengan pemilihan beliau.
Akibatnya polis terpaksa menyuraikan perhimpunan tanpa permit seperti di Sungai Petani, baru-baru ini.


Golongan antiAnwar yang disifatkan mementingkan kroni dan ‘kuku besi’ mahu suara mereka didengar.
Namun apa lebih dahsyat bagi PKR dan rakan sekongkolnya, Pas adalah setiap kali khemah dibina ahlinya bagi menganjurkan perhimpunan dan ceramah tanpa permit, polis terpaksa bertindak tegas khususnya di P.059 Bukit Gantang, sejak Isnin lalu.
Baik di Taman Mewah, Kamunting atau sekitar kuil utama di Kuala Sepetang atau di Pokok Assam, khemah yang sudah disediakan perlu dibuka semula kerana penganjur ceramah tidak mendapatkan permit polis.
Akhirnya, Anwar bersama rombongannya tidak muncul dan seluruh kampung dan pekan kembali tenang dan sepi.
Malah kini polis jelas lebih berhati-hati kerana jika permit hanya untuk majlis mengumumkan nama calon ia tidak boleh dijadikan pentas ceramah politik seperti di padang Kota Jaya, Simpang Isnin malam lalu.

Di tempat itu, Hadi Awang dan pemimpin lain menyalahgunakan kebenaran polis untuk majlis mengisytihar nama calon menjadi ceramah khusus meracuni pemikiran rakyat dan menabur fitnah terhadap pemimpin negara.
Itupun, kini DAP pula mengambil kesempatan mencemuh dan mengulangi segala fitnah dan tohmahan terhadap Presiden Umno yang baru, Najib Tun Razak dan kerajaan Zambry Abdul Kadir di Perak.

DAP memulakan kempen Jumaat malam lalu dengan menganjurkan ceramah di tengah-tengah bandar Taiping berhampiran Balai Bomba. Tumpuan kempen tentunya pengundi Cina yang diminta menyokong calon Pas. -Pak ngah

Wednesday, March 25, 2009

Sepanduk Fitnah Bertaburan di sekitar Bukit Gantang


Melihat kepada sepanduk di atas yang berupa fitnah anda sudah tentu tahu siapa yang membuat dan memasangnya. Bukan Panglima nak serkap jarang, tapi lihatlah logo Pas di atas sepanduk fitnah ini.

Pas yang dikatakan parti yang memperjuang Islam sepatutnya mengamal sepenuhnya hukum-hakam Islam, bukan menggunakan untuk kepentingan politik sahaja. Adakah dalam Islam kita dibolehkan untuk mengeji dan mengutuk orang lain. Islam sepatutnya mengamalkan budaya hormat menghormati sesama umat.

Islam tidak mengajar kita untuk menyebar fitnah. Malah jika kita mencerca orang lain pasti mendapat balasan yang setimpal oleh tuhan.

Panglima menyeru semua warga Bukit Gantang menilai dengan bijak dan akal yang waras apa-apa juga sepanduk yang ada dan pasti ada menjelang pilihan raya kecil Bukit Gantang 7 April ini. fikir-fikirkan..

Ngeh persenda ucapan Salam, pemimpin dan penyokong Pas bersorak sorai

Coleteh Bukit Gantang (3)


KIRA-KIRA jam 10.35 Isnin malam, Presiden Pas Hadi Awang mengumumkan pencalonan Nizar Jamaluddin, bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang di depan beberapa ribu penyokong di padang Taman Kota Jaya, Simpang, Taiping.

Jelas sekali, kelulusan dan permit polis menggunakan Padang Kota digunakan sebaik mungkin oleh Pas dan wakil-wakilnya. Pemimpin DAP dan PKR selain Hadi mengambil kesempatan memancing undi sambil mencemuh. menfitnah,memutar belit fakta dan tentunya mencari kesalahan kerajaan saja.

Namun apa yang Coleteh agak terkilan adalah apabila mendengar ucapan Salam semua pemimpin itu kepada hadirin dalam pelbagai bahasa.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Wanikam, Ni hau ma – tentunya semuanya itu baik bagi mengambil hati hadirin yang majoriti kaum Melayu sedangkan pengundi Cina dan India boleh dikira.

Apa yang dikesali adalah apabila Ngeh yang juga Pengerusi DAP Perak memulakan ucapan dengan memberi salam. Dia ikut suka dia jer. Beliau amat sukar untuk menyebut Salam sambil berkerut-kerut dahi.

Tapi dia belasah semacam jer bunyinya. Sangat pelik bunyinya. Susah nak eja apa yang disebut oleh Ngeh itu. Apa yang pasti Ngeh main hantam saja. Sungguh aneh dan memalukan.
Tapi pemimpin dan hadirin berkopiah dan mak aji Pas bersorak sorai, gembira kononnya Cina DAP dah terima Islam dan boleh terima Melayu, dah boleh makan sepinggan.

Bagi wakil DAP tu, salah sebut Salam mungkin bukan penting sangat. Yang penting orang Pas Bukit Gantang suka. Tapi jangan lupa DAP sering membantah sekeras-kerasnya apabila Azan dikumandangkan di masjid-masjid dan surau-surau.

Salam yang diberikan oleh Ngeh tu salah sebutannya. Terlalu berserabut. Anda boleh fahamla, jika menyebutnya sekadar mahu menunjuk-nunjuk . Tapi orang Cina Islam, ok pulak fasih dan betul mereka menyebutnya.
Apa yang pasti lain bunyinya orang Islam dan bukan Islam menyebut kalimah Allah dan ucapan Salam.

Tapi kalau setakat nak mengambil hati orang Melayu dan Pas pun buatlaa latihan “sebutan” . Ramai ustaz dan ustazah di kalangan pemimpin Pas yang boleh ajar cam mana nak sebut perkataan Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh.. dengan baik.

Tapi diaorang berlagak bodoh jer. Tidak peka langsung Seolah-olah tak ada apa yang berlaku. Tak tahula pula apa hukum orang kafir memberi Salam kepada orang Islam. Kalau orang kafir memberi salam Assalamualaikum kepada orang Islam, apa yang harus kita jawab. Bagi mereka yang tahu hukum-hakam Islam bolehlah menjawab dengan betul.Tapi bagi yang lain pasti belasah jawab macam biasa jer.

Apakah tujuan di sebalik ucapan Salam pemimpin DAP itu? Apakah makna Salam Ngeh itu? Adakah ada kepentingan politik ataupun hatinya ikhlas mahu mengenali Islam atau ingin mengaburi pemikiran orang islam Pas Bukit Gantang?

Celoteh cadang agar Hadi atau ustaz dan ustazah Pas membuat kelas pengucapan Salam dengan sebutan yang betul kepada wakil Cina dan India. Fikir-fikirkanlah warga Bukit Gantang.-herokecik

Tuesday, March 24, 2009

Nizar tidak prihatin masalah di Bukit Gantang


NIZAR Jamaluddin, bekas Menteri Besar Perak yang jelas jahil mengenai selok belok berpolitik ketika memerintah dulu, telah diisytihar sebagai calon Pas bagi P059 Bukit Gantang menentang calon Umno, Ismail Safian, 7 April depan.
Pemilihan Nizar merangkap Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak dibuat Isnin malam semalam, mendedahkan beberapa ciri negatif yang wujud dalam pakatan pembangkang diketuai DAP, disertai juga Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pertama Pas sudah ketandusan calon berkualiti yang mampu diketengahkan bagi menghadapi ujian besar dan penting ini.
Nizar yang selama ini bertindak ‘lagak jurutera’ tidak kenal dan faham permainan dan percaturan politik yang penuh debu dan muslihat.
Liku-liku politik yang berbelit-belit dengan pelbagai ragam politikus yang licik membuat beliau bingung dan cuba berlagak bijak tetapi sering tersilap langkah.
Pas gagal menampilkan calon anak tempatan bertambah goyah berikutan segala kekurangan itu menyebabkan Nizar, Adun Pasir Panjang kelak akan berdepan kesukaran memahami aspirasi penduduk Bukit Gantang selain tidak prihatin akan masalah yang dihadapi pengundi.
Ini jauh berbeza dengan Ismail Safian, anak kampung di Bukit Gantang yang dibesar di kawasan berkenaan dan telah lama bergiat dalam Umno bahagian, terakhir sebagai Ketua Penerangan.
Gerakan penderhakaan terhadap Sultan ditaja Pas selama ini ditambah lagi dengan desakan agar rakyat terus membelakangkan raja di ceramah-ceramah pembangkang, boleh mengurangkan sokongan terhadap Nizar.
Itupun Pas sebenarnya membuat perkiraan ia akan mendapat undi simpati pengundi berikutan kemelut politik di Perak dan tindakan saman diambil oleh Nizar dan konco-konco DAP terutama Speaker Sivakumar.

Namun pengundi Melayu yang merupakan 63.7 peratus daripada kira-kira 55,000 pengundi di Bukit Gantang harus sedar bahawa selama ini pun DAP menjadikan Nizar boneka dalam melaksanakan dasar kesamarataannya atau dulu dikenali sebagai ‘Malaysian Malaysia’.

Nasib dan masa depan Melayu yang ramai dan masih memerlukan pelbagai kemudahan dikesampingkan DAP yang lebih bersedia memberi tanah pemilikan kekal kepada penghuni kampung baru.
Tanah untuk sekolah agama dan penduduk Melayu hanya diberikan setelah dibantah oleh pemimpin Melayu sendiri.
Pas yang hanya ada lima kerusi dalam DUN Perak jelas telah diperkotak-katikkan oleh DAP dan diperkudakan Anwar untuk mencapai matlamat tidak menguntungkan Melayu.-Pak Ngah

Gerai mihun sup RM1 tumpuan aktivis, petugas

Pak Ngah Ke Bukit Gantang (4)

SELAIN menjalankan tugas menjelang Pilihanraya Kecil P.059 Bukit Gantang, Pak Ngah tentunya ke restoran dan gerai makanan baik milik Melayu atau India di sekitar Kamunting dan Taiping.
Maklumlah di gerai-gerai inilah aktivis baik Pas atau Umno menjadikannya markas kecil dan pusat berbual atau berborak politik baik sambil bersarapan mahupun minum teh petang (mentong kata orang Jawa) atau makan malam.
Cuma yang ketara setakat ini kebanyakan aktivis Pas lengkap berkopiah berlegar di surau yang mula menganjurkan ceramah politik.
Nampaknya jumlah gerai di simpang dan sepanjang jalan utama taman-taman perumahan milik Melayu begitu banyak sekali hampir sama dengan suasana dan sambutan di Kuala Lumpur dan bandar pinggirnya seperti Ampang, Gombak dan yang lain.
Pembelinya pun cukup ramai maklumlah mungkin hampir 100 peratus penghuni taman perumahan Kamunting adalah pekerja baik sektor awam atau swasta yang makan gaji dan kurang memasak di rumah.
Jadi kebanyakan gerai dibuka sebaik saja selepas Subuh dan menjual nasi lemak, nasi kerabu dan nasi goreng selain kuih muih seperti karipap (epok-epok di Johor); kuih kaswi, kuih bakar, onde-onde dan kuih keria.
Cuma apa yang pasti membezakan gerai dan peniaga di Kamunting/Taiping dengan di Kuala Lumpur adalah kadar harga bagi setiap jenis makanan.
Bayangkan, sebungkus nasi lemak biasa iaitu semangkuk nasi dicampur sambal (udang, kerang atau ikan bilis) dengan dua ulas timun dan suku telur rebus cuma 60 sen saja. Kuih muih kebanyakannya 20 sen sekeping sedangkan roti canai dengan kuah 60 sen sekeping dan tosai RM1 satu.
Namun lebih memeranjatkan Pak Ngah adalah secucuk sate ayam dijual 15 sen saja dan mihun sup Utara RM1 semangkuk siap dengan daging. Mi goreng mamak dijual pegerai Melayu pula cuma RM2 sepinggan dan tambah 50 sen jika ditambah daging, kerang dan udang.
Sama seperti pasar mini, hampir semua restoran adalah milik India atau Cina. Mungkin sebuah saja restoran agak besar milik Melayu. Harga masakannya boleh tahan maklumlah hiasan dalaman restoran agak mewah.
Cuma nasi beriani agak murah iaitu sepinggan RM2 dengan daging kambing antara RM2 hingga RM3.50 sepotong/cincang. Bagi petugas dan aktivis baik Umno atau Pas dari ibu negara tentulah senarai harga makanan itu terlalu murah tetapi bagi aktivis dari Kelantan, Kedah dan Perlis ia sama saja dengan harga makan pagi di Jalan Kuala Berang, Sintok dan Arau.

Penyokong Pas digesa menderhaka

Renungan Bukit Gantang


SEJAJAR dasarnya biarlah rakyat menderhaka kepada Sultan, Presiden Teras Pengupayahan Melayu, Muhamad Azmi Abdul Hamid bertempik “Raja adil, raja disembah, raja zalim, raja disanggah” .
Lebih 500 hadirin di ruang dalam dan dua buah khemah di pekarangan Surau Istiqlal, Taman Mewah, Kamunting, tidak berdetik sedikit pun.
Azmi selanjutnya menambah:”Derhaka kepada Sultan tidak apa kerana yang kita takut adalah derhaka kepada Allah” .
Isunya tidaklah lain: Sultan Azlan Shah memperkenan melantik Dr Zambry Abdul Kadir sebagai MB baru menggantikan Nizar Jamaluddin yang hilang majoriti dalam DUN Perak.
Dua perkara penting yang dilupai oleh Azmi dan hadirin yang melemparkan pelbagai tuduhan terhadap kerajaan Umno dan BN adalah pertama : Sultan Azlan mahukan anak Melayu menjadi MB walaupun Pas cuma menang enam kerusi pada pilihan raya umum peringkat DUN pada 8 Mac tahun lalu.
Ini berbanding DAP yang merangkul 18 kerusi dan Parti Keadilan Rakyat tujuh kerusi.
Nizar, Pas dan orang Melayu amnya harus bersyukur kerana kuasa tidak dirampas oleh DAP yang jelas mendalangi segala gerak tindakan kerajaan campuran pembangkang di Perak sejak ia berkuasa.
Kedua: lompat melompat parti sebenarnya amat digalakkan dan ditaja oleh penasihat umum PKR, Anwar Ibrahim. Ia adalah sebahagian percaturan dan mainan politik dalam sistem demokrasi.
Mengapa melenting dan bertali arus memfailkan saman apabila dua Adun PKR masuk Umno dan seorang Adun DAP masuk MCA?
Melayu banyak terhutang budi kepada Umno dan pejuang bangsa dalam kerajaan selama ini. Jika tidak kerana pemimpin seperti Tengku Abdul Rahman, Tun Razak, Hussein Onn dan Dr Mahathir Mohamed, kita kekal golongan teramai miskin dan menjadi budak pejabat selain drebar saja.
Hari ini kita bangga anak-anak kita mampu dan boleh ke universiti awam, terlatih sebagai professional dan golongan elit dan kelas pertengahan meningkat mendadak.
Setelah dua jam berceramah dengan Profesor Aziz Bari (UIAM) memberi penerangan daripada segi perlembagaan dan cacatan sejarah krisis politik seperti di Sarawak dan Sabah pada tahun-tahun 90-an, seorang hadirin bersuara:
“Sabarlah Yeop..ini semua kudrat Illahi…semuanya ujian..tiga tahun lagi kita berjuang semula”.

Monday, March 23, 2009

Nizar Bakal Calon Pas Bukit Gantang...Calon Pilihan Hadi atau Ngeh?

Dari raut wajah ketiga-tiga orang itu pasti Ngeh orang yang paling gembira sekali permintaan beliau untuk Nizar jadi calon Bukit Gantang dipenuhi.Apakah Nizar akan jadi boneka DAP lagi, terserahlah kepada warga Bukit Gantang pada 7 April ini..fikir-fikirkanlah.-Panglima

Melayu sabotaj peniaga pasar mini Melayu di Kamunting?

Pak Ngah Ke Bukit Gantang (3)

SETELAH berada empat hari di sebuah taman perumahan kelas pertengahan-rendah di Kamunting, Pak Ngah sudah membuat tinjauan ke barisan kedai-kedai setingkat untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan dapur dan rumah amnya.
Tidak ketinggalan juga Pak Ngah merayau-rayau ke beberapa taman perumahan dan di tepi jalan raya utama Kamunting-Taiping dan ke Batu Kurau.
Ada begitu banyaknya taman perumahan dengan masjid besar dan surau menjadi pelengkap hidup masyarakat Melayu kita.
Dan tentunya, apa yang agak menonjol adalah kehadiran lebih 10 buah pasar mini bersaing dengan tiga buah pasar raya besar iaitu The Store, Giant dan Tesco di Taiping Sentral.
Semuanya menjadi pesaing pula kepada berpuluh buah kedai runcit tentunya milik peniaga Cina dan India. Tetapi di mana dia peniaga Melayu kita?
Kita usahlah bincang mengenai gerai makanan Melayu, tetapi kedai runcit dan pasar mini dulu.
Boleh dikatakan hampir semua taman perumahan dihuni kebanyakan kakitangan awam seperti anggota polis, tentera (ada tiga kem tentera di Kamunting), anggota bomba, petugas hospital dan tidak kurang juga kakitangan penjara dan guru sekolah selain golongan perkeranian.Turut sama menyewa adalah pekerja kilang di kawasan perindustrian Kamunting.
Petugas lelaki dengan potongan rambut pendek ramai di Kamunting maklumlah ia dekat dengan Penjara Taiping, Pusat Tahanan Pencegahan (ISA) dan kem-kem tentera.
Hampir 95 peratus penduduk taman-taman perumahan seperti di Taman Mewah dan Taman Pinang Seberang adalah Melayu.
Malangnya tidak ada satupun pasar mini atau kedai berdaya maju milik Melayu dekat dua taman ini. Ada dua tiga peniaga Melayu sebelum ini tetapi mereka sudah gulung tikar kerana kurang pelanggan.
Mengapa? Orang Melayu sabotaj peniaga Melayu dan mengkayakan peniaga pemilik pasar mini bukan Melayu?

Sunday, March 22, 2009

BN perlu kerja lebih keras di Bukit Gantang


Kesungguhan Pas untuk mempertahankan Bukit Gantang dapat dilihat daripada kehadiran jentera kempennya yang awal-awal lagi sudah berkampung di kawasan Parlimen ini. Hampir setiap kawasan Pas di Kelantan telah menghantar wakil dan membuka markas di setiap ceruk. Ini berlaku ketika UMNO masih sibuk dengan persiapan dan suasana menjelang Perhimpunan Agung ke-58 yang akan berlangsung pada 24 hingga 28 Mac ini.

dari http://www.malaysiaaktif.com/

BASHIR AHMAD
22 Mac 2009

SUASANA di sepanjang jalan apabila kami memasuki kawasan Parlimen Bukit Gantang dari Kuala Kangsar semalam bagaikan kempen selepas hari penamaan calon sudah bermula.

Bendera-bendera BN dan Pas sudah dipasang di kiri, kanan dan merentangi jalan. Penamaan calon akan berlangsung pada 29 Mac 2009. Lazimnya lambang-lambang parti yang bertanding akan membanjiri persekitaran bermula pada hari berkenaan.

Begitulah hangatnya suasana pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang yang diadakan pada 7 April akan datang ekoran kematian Roslan Shaharum, Ahli Parlimen Pas yang menewaskan calon BN, Datuk Abdul Azim Mohamad Zabidi dengan majoriti 1,566 undi pada pilihan raya umum Mac 2008.

Kawasan ini dulunya adalah kubu BN, tapi entah macam mana terlepas kepada Pas dalam pilihan raya umum lalu. Ada yang mengandaikan faktor tsunami politik yang melanda seluruh negara turut mempengaruhi kawasan parlimen ini yang 35,265 pengundinya adalah Melayu dan 15,057 lagi bukan Melayu.

Ada juga andaian bahawa calon BN ketika itu tidak dikenali oleh pengundi kerana beliau adalah `calon paracut' dari Kuala Lumpur. Maka kali ini BN mengambil keputusan memilih anak tempatan yang dikenali oleh rakyat tempatan, Ismail Saffian, Pengarah Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara.

Pas belum lagi menamakan calonnya dan dijangka melakukannya pada 24 Mac ini. Ada cadangan supaya bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin bertanding bagi membolehkannya membalas dendam terhadap BN yang mengambilalih kuasa pemerintahan Perak berikutan dua anggota DUN PKR dan seorang daripada DAP keluar parti dan menyokong BN.

Berdasarkan pengalaman pilihan raya kecil kawasan Parlimen Kuala Terengganu, jika pucuk pimpinan Pas merasakan peluang Nizar untuk menang adaklah lebih besar daripada calon-calon lain, kemungkinan besar nama Nizar akan naik walaupun beliau seorang ADUN. Di Kuala Terengganu pada 17 Januari lalu, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang memilih seorang ADUN, Abdul Wahid Endut untuk bertanding dan akhirnya beliau menang.

Bagi Pas, kemenangan di Bukit Gantang bermati-matian dicari untuk membuktikan bahawa parti itu lebih mendapat sokongan rakyat selepas kemelut politik Perak menyaksikan Sultan Perak memperkenan BN mengambilalih pemerintahan. Bukit Gantang akan menjadi medan untuk mengukur sejauh mana kesan kemelut politik itu terhadap para pengundi Melayu di negeri itu.

Kesungguhan Pas untuk mempertahankan Bukit Gantang dapat dilihat daripada kehadiran jentera kempennya yang awal-awal lagi sudah berkampung di kawasan Parlimen ini.

Hampir setiap kawasan Pas di Kelantan telah menghantar wakil dan membuka markas di setiap ceruk. Ini berlaku ketika UMNO masih sibuk dengan persiapan dan suasana menjelang Perhimpunan Agung ke-58 yang akan berlangsung pada 24 hingga 28 Mac ini.

Pada hari ini penulis dan rakan bertemu dengan dua orang kakitangan UMNO yang masih tercari-cari rumah penginapan untuk dijadikan markas kumpulan mereka di kawasan Kamunting.

Bersama si rakan Cina itu, penulis kemudian memandu ke Kuala Sepetang untuk makan mi udang di gerai yang masyhur di tepi jalan ke pekan nelayan Cina itu. Selepas pertama kali menikmati mi udang yang berharga RM10 semangkuk di gerai yang diselubungi bau busuk longkang di tepinya, kami beredar ke Kuala Sepetang.

Kuala Sepetang adalah pekan nelayan Cina. Dulu kawasan yang majoriti penduduknya orang Cina itu dikuasai oleh MCA.

Setibanyanya kami di pekan itu, kelihatan sesuatu yang janggal. Bendera dan sepanduk Pas tampak di merata tempat. Bendera BN amat sedikit dan kecil-kecil pula, kelihatan ketara hanya di markas Parti Gerakan. Jika bendera menjadi ukuran kekuatan, nampaknya Kuala Sepetang adalah kawasan Pas walaupun penduduknya adalah Cina, kecuali kakitangan kerajaan termasuk polis yang bertugas di sebuah balai di situ.

Pas Kelantan sudah membuka markas di pekan itu dan sedang giat berkempen.

Ketika kami berada di pekan itu, jarum jam menunjukkan waktu kira-kira 1.00 tengah hari.

Di sebuah kedai minum Cina, seorang lelaki Melayu berumur 50-an yang memakai kopiah dan berbaju Melayu duduk di sebuah meja yang dipenuhi lelaki-lelaki Cina. Sebilangan lelaki Cina itu sedang sedang minum bir, tetapi lelaki Melayu itu tidak minum apa pun.

Lelaki Pas itu dari Kota Bharu Kelantan. Dia sedang memujuk orang-orang Cina Kuala Sepetang di kelilingnya supaya mengundi Pas. Katanya dalam bahasa Melayu, di Kelantan Pas memerintah tanpa sedikit pun menganggu kehidupan bukan Islam. Orang Cina masih boleh minum arak yang hanya diharamkan untuk orang Islam.

Menurut lelaki itu, jika pengundi-pengundi Cina tidak percaya cakapnya, mereka boleh pergi sendiri ke Kelantan untuk melihat keadaan sebenar.

Rakan penulis bertanya kepada penduduk di situ sama ada jentera kempen BN sudah berkempen di kedai-kedai kopi di Kuala Sepetang sebagaimana yang dilakukan oleh lelaki Melayu Pas dari Kota Bharu itu. Jawapannya, Pas sudah lebih ke depan dalam berkempen.

Pada malam ini, Naib Presiden Pas Mohamad Sabu dijadualkan beceramah di Kuala Sepetang.

Dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan di Taiping, kelihatan bendera-bendera BN dan Pas hampir sama banyak di kawasan perumahan Melayu. Menariknya, bendera-bendera BN sekarang juga dikibar pada batang-batang buluh, satu perkara yang dulu hanya dilakukan oleh Pas.

Kami kembali ke Taiping dengan membuat kesimpulan bahawa BN perlu bekerja 10 kali lebih keras jika mahu merampas kembali Bukit Gantang daripada tangan Pas. - malaysiaaktif.com

Pembangkang tipu pengundi ‘masuk syurga’

Renungan Bukit Gantang.


HAMPIR pada setiap ceramah Pas terutama di dalam atau pekarangan surau isu sesiapa menyokong atau mengundi Pas akan masuk syurga pasti diuar-uarkan penceramah.
Perkara ini akan cuba diselitkan tidak kira apa hukum sedang dibincangkan ‘ustaz’ Pas di depan 20 atau 30 pendengar atau makmum biasanya selepas solat Maghrib.
Jangan terkejut duhai penceramah mahupun pemimpin Pas, bukan semua hadirin termakan pujukan atau pengisytiharan ‘pasti masuk syurga’ tu.

Di salah satu majlis, seorang lelaki berjanggut bersuara kepada rakan di sebelahnya: “Apa bukti dapat diberikan Pas kononnya sesiapa pangkah lambang bulan mengambang ikut nasihat Nik Aziz Nik Mat, masuk syurga.
“Adakah Almarhum ahli Pas bangkit dari dalam kubur membawa cerita dia sudah masuk syurga? kata lelaki itu.

Jika benarlah cerita ini, maka kasihan ulama dan tabiin yang tidak menjadi ahli Pas atau pangkah Pas. Tentunya mustahil semua kisah dan desakan Pas agar pengundi memangkahnya pada setiap pilihan raya seperti pada 7 April kelak bagi P059 Bukit Gantang.

Masuk syurga atau neraka itu semua ketentuan Allah Yang Maha Esa.
Pas dakwa ia parti berlandaskan Islam tetapi ia berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan sebagai pergerakan politik saja bukan gerakan Islam hakiki.
Hadi Awang, Presiden Pas pernah mendakwa akan melaksanakan hukum hudud ketika parti itu memerintah Terengganu dari 1999 hingga 2004 “sebelum ayam berkokok” tetapi hingga hari ini semuanya palsu belaka.

Pas mahu bela nasib rakyat tetapi ada janda Adun Pas harus ke mahkamah tuntut mutaah dan nafkah sara anak-anak kerana si Adun gagal membela dan menyara anak-anaknya sendiri. Adun itu juga ditegur hakim kerana cuba membelakangkan undang-undang.
Nak bela rakyat jelata tapi rumah tangga sendiri kucar kacir. Aduh mari mokweh Umno sudah lama berjasa kepada rakyat Perak.
Pas turut sama bersekongkol dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat mengagihkan tanah kita hingga 999 tahun. Orang kampung hanya dapat tanah untuk 33 tahun atau 60 atau 99 tahun saja.-Pak Ngah Bukit Gantang

Saturday, March 21, 2009

KEMANA TUJUAN YANG BERHORMAT FAIRUS

Coleteh Bukit Gantang (2)

“KATA DULANG PAKU SERPIH MENGATA ORANG DIA YANG LEBIH”

Kemelut politik kedah dan perak semakin haru-biru dengan pelbagai masalah dalaman. Belum lagi reda keluar pulak Fairus yang letak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Tindakan berani ataupun terlalu cepat melatah boleh menyebabkan keadaan gabungan pembangkang semakin rapuh dan goyah. Apa yang telah berlaku sebenarnya.Belum lagi habis pilihan raya Batang Ai, Bukit Selambau dan Bukit Gantang.Alangkah baiknya sekiranya Fairus letak jawatan sebagai timbalan Lim Guan Eng selepas pilihan raya.




Siapa pulak yang akan menggantikan tempat Fairus. Adakah ada lagi muka melayu yang layak untuk menjawat jawatan tersebut? Pedih, pilu, sedih,geram,terpaksa.......Adakah itu yang dirasai sekarang oleh Fairus. Kalau setakat ambil cuti rehat pun tidak akan dapat mengubati keperitan melepaskan jawatan Timbalan Ketua Menteri dan Exco. Berapa gaji dan elauan Timbalan Ketua Menteri 1 dan Exco. Terpaksa melepaskan semua. Apakah semua ini Fairus? Kenapa ini terjadi? Ada udang sebalik mee ker. Mee Udang kat Kuala sepetang adalah.Ferari Hijau budak Melaka belum rasa lagi mee udang.

Apapun Fairus... penjelasan perlu dibuat agar kestabilan dan kekuatan Pakatan Rakyat kekal.Berapa kerat sangat melayu yang ada dalam Kerajaan Pulau Pinang. Adakah Abdul Malik layak menjawat jawatan tersebut. Adalah jawatan tersebut akan dikosongkan atau dijawab oleh Ramasamy. Fairus….teruskan perjuanganmu menegakkan orang melayu.

Malangnya gosip orang politikus kata Fairus sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkaitan kes suapan dan penyelewengan kuari di kawasan DUN Penanti.

Keadaan diburukkan lagi apabila cara Fairus menjalankan tugas seharian di pejabat TKM 1 dipertikaikan ramai pihak.Di kawasan undi pula, rakyat yang tampil membuat aduan terkejut dengan kelembapan tindakan diambil bagi menyelesaikan masalah mereka. Kini jelas sekali lagi Anwar Ibrahim sudah tersalah pilih calon pemimpin. Tamparan hebat kepada penasihat PKR dimana terlalu sibuk mencari salah orang lain hinggakan terlupa pergolakan didalam rumah sendiri yang amat besar sedang melanda.

Adakah ini yang perlu difahami didalam parti campuran Pakatan Rakyat? Renung-renungkanlah

Wajarkah Undi Pas untuk dikait dengan Islam



Apabila melepasi exit tol Taiping Utara ke Kamunting, anda pasti lihat banner diatas. Persoalan yang timbul ,Mengapa tiba-tiba akhir ini Pas mengambil kesempatan menggunakan Islam untuk jaminan semua kaum.?

Jawapan mudah sahaja, hanya untuk menarik pengundi bukan Islam. Tetapi adakah Pas sebenarnya menggunakan Islam untuk kepentingan politik parti itu. Malas tinjauan rambang panglima dan rakan-rakan juga melihat banyak aktiviti yang berunsur-unsur islam di gunakan untuk mengembang pengaruh politik parti itu..

Fikir-fikirkan bahawa juga kita, Pas hanya mahu pengaruh politik sehingga menggunakan agama untuk menarik perhatian dan sokongan pengundi. Ini akan menyebabkan berlaku perselisih faham dikalangan umat islam....

Penceramah Pas buka borak pasal syurga, neraka

Pak Ngah Ke Bukit Gantang (2)

ADUHAI Yob, bukannya mudah untuk mendapatkan hotel, motel, rumah tumpangan ataupun chalet di sekitar Kamunting atau ringkasnya di kawasan Bukit Gantang minggu ini.
Jika ada pun hotel murah semuanya sudah habis ditempah sehingga 8 April depan begitu juga rumah tumpangan milik Melayu Perak.
Segala-galanya kerana Pilihan Raya Kecil P.059 Bukit Gantang hinggakan hotel dua tingkat di Taiping yang kelihatan lusuh dan hotel tiga dan empat bintang di Ipoh pun penuh dengan penghuni.
Kasihan tu rakan-rakan Pak Ngah yang datang dari sekitar ibu negara terpaksa menyewa rumah biasa tanpa penghawa dingin dan bilik air dua pintu saja dikongsi bersama-sama 10 orang.
Ada beberapa rumah jenis ‘homestay’ enam bilik dengan sewa RM60 sehari lengkap dengan penghawa dingin dan lima bilik air. Sayangnya semua sudah habis ditempah sejak Februari lagi.
Memanglah Yob, ada rumah sewa murah tetapi semuanya jauh dari pusat kegiatan, pejabat dan bilik gerakan sama ada Barisan Nasional atau Pas. Kelihatan pejabat dan markas Parti Keadilan Rakyat yang berdebu walaupun baru dirasmikan tetapi tidak berpenghuni.
Pas pula seperti biasa menyewa rumah kedai buruk di beberapa taman perumahan sebelum bandar Kamunting. Yang penting bagi aktivis Pas tentunya pejabat mereka ni dekat dengan surau.
Nampaknya setiap malam ada saja penceramah Pas membuai pengundi yang berhimpun di surau dengan janji-janji syurga dan sumpahan kepada penyokong lawan Pas yang kata penceramah akan dihumban ke neraka.
Tapi duhai penceramah ini bukan pengundi Kelantan. Ini orang Perak cucu cicit Panglima Gantang. Pak Ngah tahu kita tidak mudah dibeli atau digula-gula dengan janji kosong. Amal ibadat lebih penting dan bukannya ahli Pas atau tidak jika mahu tiket ke syurga Allah!

Friday, March 20, 2009

Pas peralatkan Samad di Bukit Gantang


Kata Samad Said, wang bukanlah segala-galanya jika isu bahasa diketepikan kerana beliau merasakan bahasa Melayu tidak akan menjadi bahasa ilmu jika Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris.
Bila agaknya Samad tidak pentingkan wang? Bukankah Samad biasa melancarkan mogok seni apabila mendapati Dewan Bahasa dan Pustaka melambat-lambatkan pembayaran wang royalti dan tidak mencetak semula bukunya, beberapa tahun lalu.




Petikan dari http://www.malaysiaaktif.com/

NASIR SUKIMAN
19 Mac 2009

BELUM PUN calon Pas diumumkan, jentera pilihan raya kecilnya bagi P.059 Bukit Gantang sudah giat berkempen dengan Sasterawan Negara A Samad Said diketengahkan memberi ceramah.

Pada malam bulan terang di Kampung Boyan, Simpang, Taiping malam tadi, Samad bertempek menuduh Barisan Nasional mengabaikan bahasa Melayu dan menggesa pengundi ‘mengajar’ kerajaan Umno.

Ini sejajar perjuangannya menentang Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Gerakan mendesak kerajaan mengubah dasar pelajaran itu jelas kini sudah dirampas oleh Pas dari tangan pejuang bahasa seperti Samad yang kini lebih banyak bercakap politik ketika usianya sudahpun senja.

Jelas dengan sedar ataupun kerana terlalu ‘mabuk’ dengan penentangannya Samad yang biasa bercakap mengenai bahasa, penulisan dan membaca puisi di majlis jemputan penyair dan pemuisi, sudah mengubah selera.

Pada umur menjangkau 80 tahun, beliau tiba-tiba membiarkan dirinya diperkuda oleh Pas yang tidak semena-mena mengambilalih perjuangan menegakkan bahasa Melayu dan tidak lagi hukum hudud.

Kata Samad, konon wang bukanlah segala-galanya jika isu bahasa diketepikan kerana beliau merasakan bahasa Melayu tidak akan menjadi bahasa ilmu jika sains dan matematik diajar dalam bahasa Inggeris.

Bila agaknya Samad tidak pentingkan wang? Bukankah Samad Said biasa melancarkan mogok seni apabila mendapati Dewan Bahasa dan Pustaka melambat-lambatkan pembayaran wang royalti dan tidak mencetak semula bukunya, beberapa tahun lalu.

Tentunya ramai masih ingat episod ‘mogok seni’ melibatkan Samad, novelis berjanggut putih panjang yang khuatir dikejar si gadis pembaca novelnya jika dia bercukur.

Kini lidahnya begitu berani kata wang bukan segalanya. Jadi Samad apabila kamu mendeklamasikan puisi dengan si Az memetik gitar, pulangkan saja sampul surat berisi RM500-RM1,000 yang dibagi oleh pihak penganjur majlis.

Pejuang bahasa zaman penjajah dulu bolehlah makan ubi kayu. Hari ini semua mahu duit apatah lagi tinggal di Bangsar. Tanya ahli politik Pas berapa mereka dapat hasil menjadi ADUN atau Ahli Parlimen.

Elaun ADUN/AP campur elaun perbatuan, campur elaun keraian, campur wang hadir di sidang Dun/Parlimen dan elaun telefon bimbit serta pelbagai lagi masuk wang ke dalam akaun bank mereka ini. Semuanya mencapai belasan atau puluhan ribu ringgit sebulan.

Kamu berceramah di atas pentas Pas tu dah masuk jadi ahli politikkah Samad? Lupakah DBP membayar royalti buku kamu yang dicetak sebagai buku teks. Dalam sekelip mata jasa baik kerajaan kamu lupakan semata-mata mahu memperjuangkan bahasa konon.

Kamu sendiri adalah produk sekolah Inggeris zaman Senior Cambridge di Singapura. Hari ini bukan saja Inggeris, di kolej dan maktab rendah, pelajar dikehendaki belajar bahasa ketiga sama ada Jepun, Perancis, Jerman atau Arab.

Samad kini jelas membiarkan dirinya terperangkap dalam kandang kambing tetapi tidak mahu mengembek. Pas pula menjerat Samad kerana mahukan sokongan padu pejuang bahasa dan guru sekolah.

Sedarlah BN dan UMNO sayangkan bahasa dan bangsa Melayu. Sebab itulah masa depan dan persiapan anak bangsa menghadapi cabaran globalisasi diperkuatkan dengan menguasai pelbagai bahasa dunia selain memperkaya dan meluaskan penggunaan bahasa Melayu. - malaysiaaktif.com

Thursday, March 19, 2009

Coleteh Bukit Gantang : Mengapa Baiki Jalan Dekat Pilihan Raya?

Coleteh Bukit Gantang 1 :

Masa rakan panglima jalan-jalan dari Bandar Taiping nak Simpang ...Konon-kononnya nak minum laaa..Sesak pulak jalan kat situ… ingatkan ada kemalangan ker?,kereta langgar lori bawa babi ker apa ker… rupa-rupanya ada plak kerja naik taraf dan memperbaiki jalan laa pulak. Takkan laaa bila nak pilihanraya ni.. macam-macam pembangunan ala ‘mee segera’ plak. Waktu ini laa plak nak baiki jalan. Adakah ini yang dikatakan nak pancing undi? .Kononnya kerajaan prihatinla pada rakyat.. bagi kesenangan kepada rakyat.Buatlaa sikit-sikit pembangunan, nak tunjukkan pada rakyat kerajaan kita mampu buat. Kerajaan apa? Kalau bukan Kerajaan Barisan Nasional.




Tapi nak buat cam manakan...masa diluluskan projek membaiki jalan tu... tarikhnya berdekatan laa plak dengan tarikh pilihan raya. Dah orang kata kerajaan ambil kesempatan ni bagi projek repair jalan semata-mata nak pancing undi.Kalau tak ada pilihan raya pun...Kerajaan tetap akan membaikpulih jalan tu.. takkan laa nak tunggu hancur, berlubang ker hapa ker, baru nak baiki. Kalau aku tengok jalan tu memang patut pun di naik taraf. Aku lalu tadi pun hangin gak...bergegar tu keta aku. Nasib baik gua pakai spring n absorber jepun kedai potong... tak derlaa bergegar sangat..sedap jer..cam mana kalau ferrari hijau Budak Melaka lalu situ. Tak ker tercabut bumper bila dia lalu 8 kali kat jalan tu.... dah sampai masa jalan tu kena repair... repair jer laa.



Peringatan kepada warga Bukit Gantang ....jangan mudah dengar khabar angin dan dakyah parti yang menentang Kerajaan BN... Pembangunan BN tidak mengira politik kalu hendak buat dibuat jua...terbukti pembinaan Landasan Berkembar Keretapi dan Pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang tetap diteruskan......... fikir-fikirkan la

Pak Ngah Ke Bukit Gantang (1)

Ikuti kisah kawan Panglima iaitu Pak Ngah dalam siri Pak Ngah Ke Bukit Gantang:

Pak Ngah balik Yob….


SELASA lalu setelah sekian lama merantau, Pak Ngah Salleh pulang juga ke kampung halaman kita di Kamunting, Yob.
Udara tetap nyaman dan suasana segar bugar. Tidak ada kedengaran bunyi hiruk pikuk seperti di bandar raya Kuala Lumpur dan Ipoh.
Tidak ada lagi bangunan pencakar langit kecuali dua tingkat Gedung Tesco dan Pasar Raya Giant.
Lega rasanya Yob. Pak Kop masih lagi menjual Laksa Asli Pak Ngah di jalan ke Batu Kurau tapi kini sudah pun menggunakan van. Dua gerai besar menjual buah-buahan kita seperti tembikai, mangga dan jambu dibina di bahu jalan utama ke Taiping.
Tapi Pak Ngah Salleh ni agak hairan juga, ketika singgah untuk bersolat Asar dan minum petang di Kawasan Rehat dan Riadah Sungai Perak.

Memanglah gerai R & R sudah berubah wajah. Sekitar kawasan rehat dan makan bertambah bersih dan kemas malah sungguh menarik.
Tapi kenapa semua 10 gerai makanan dan minuman menjual jenis juadah dan air yang sama saja. Hampir semua menjual mi dan kway teow serta tempe goreng, nasi goreng kampung dan biasa selain lauk pauk seperti kari ikan dan ayam.
Mana dia rendang tok dan tempoyak durian kegemaran Pak Ngah? Kenapa tak dibuat air mangga atau air jambu batu untuk dijual sebagai produk Perak.


Sebenarnya produk berjenama Perak tulah yang dicari oleh ramai Pak Ngah yang kini bermukim di Bukit Gantang sempena pilihan raya kecil P.059 dengan hari penamaan calon pada 29 Mac dan membuang undi 7 April.

Wednesday, March 18, 2009

Perang Poster Di Bukit Gantang Sudah Bermula








Panglima dan rakan telah meluangkan masa hampir 5 jam menerokai seluruh Parlimen Bukit Gantang. Cerita lanjut akan menyusul....

Ismail Safian Bakal Menawan Bukit Gantang

Panglima meninjau sekitar parlimen Bukit Gantang P 059 bersama rakan-rakan. Dari perbualan bersama orang-orang sekitar rata-rata beliau mengenali calon pilihan BN ini iaitu Ismail Safian. Gambaran jelas ini menunjukkan bahawa calon ini mampu untuk menawan Bukit Gantang

Namun terdapat juga yang meluahkan ketidakpuas hati mereka dengan isu-isu politik yang berlaku di Perak akhir-akhir ini.






Sedikit penjelasan telah diberi oleh rakan panglima membuat mereka boleh menerima sikit rasional percaturan politik semasa di Perak ini. Setakat ini sahaja panglima dan rakan-rakan mampu harapan JENTERA BN perlu bergerak lebih pantas bagi menangkis dakyah-dakyah pihak PAS, DAP serta PKR yang nampak telah membuka langkah kempen PRK P059 Bukit Gantang ini dengan agresif...

Monday, March 16, 2009

Portal Maklumat BN Bukit Gantang




Barisan Nasional telah mengambil langkah yang wajar dengan mewujudkan portal/blog yang memberi info tentang Pilihan raya kecil P 059 Bukit Gantang .

Laman internet ini dapat dilayari di http://p59.bukitgantang.net .

Diharap dengan kewujudan portal ini dapat memberi maklumat yang tepat dan menangani dakyah palsu pihak pembangkang.

Panglima akan mula membuka langkah esok di Parlimen Bukit Gantang. Nantikan sorotan cerita panglima dan rakan-rakan..

Sunday, March 15, 2009

Profil Calon Bukit Gantang


Pemilihan Ismail Perluas Peluang BN Tawan Bukit Gantang - Muhyiddin

KULIM, 14 Mac (Bernama) -- Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin optimis pemilihan Ismail Saffian sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak 7 April ini akan memperluaskan peluang BN untuk menawan semula kerusi itu.

Beliau berkata keyakinan beliau itu adalah kerana Ismail yang juga bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Bukit Gantang adalah tokoh yang popular dan disegani penduduk setempat.

"Yang penting Umno Bahagian turut mencalonkannya, maka masalah dalaman yang pernah wujud di bahagian itu kini telah diatasi," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas pemilihan Ismail sebagai calon BN bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang.

Muhyiddin ditemui selepas menghadiri majlis kenduri perkahwinan anak bongsu Timbalan Ketua Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu Datuk Husain Abdul Rahman, Hasnil Hikal dan pasangannya Nur Baity Ilyas di Hotel Seri Malaysia ,di sini Sabtu.

-- BERNAMA

Calon Anak Tempatan Ismail Saffian Wakil BN Tanding Bukit Gantang





TAIPING, 14 Mac (Bernama) -- Bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Bukit Gantang Ismail Saffian diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman berkenaan pada majlis pemimpin bersama rakyat yang berlangsung di Taman Kota Jaya, Simpang, dekat sini hari ini.

Ismail, 49, adalah Pengarah Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara dan berasal dari Kampung Kubu, Bukit Gantang.

Najib yang juga Pengerusi BN Perak berkata calon yang dipilih adalah anak tempatan seperti yang dikehendaki oleh masyarakat setempat.

Pemilihan calon dibuat daripada perbincangan dengan pimpinan bahagian dan negeri serta tinjauan yang mengambil kira segala aspek, katanya pada sidang akhbar selepas majlis berkenaan.

"Kita pilih calon yang terbaik untuk BN... saya yakin beliau akan menjadi seorang Ahli Parlimen yang baik dan dapat bekerja sama penuh dengan semua," katanya.

Beliau berkata antara syarat penting juga ialah calon diterima oleh peringkat bahagian bagi mengelak berlaku pergeseran, termasuk prasyarat bahawa Ismail tidak akan bertanding dalam pemilihan bahagian Umno akan datang.

Pada pemilihan bahagian tahun lepas, Ismail tewas kepada Adun Trong Datuk Rosli Husin dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang.

Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang diadakan berikutan kematian penyandang Roslan Shahrom daripada PAS pada 9 Feb lepas. Penamaan calon akan berlangsung pada 29 Mac dan pengundian 7 April depan.

Pada pilihan raya umum lepas, Roslan merampas kubu kuat BN itu dengan menewaskan Bendahari Umno Datuk Seri Azim Mohd Zabidi dan calon Bebas, M.Morgan, dengan majoriti 1,566 undi.

Parlimen itu mempunyai 55,471 pengundi terdiri daripada 63.48 peratus pengundi Melayu, 26.77 peratus pengundi Cina, 9.71 peratus pengundi India dan lain-lain pengundi 0.4 peratus.

Terdapat tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di parlimen itu iaitu Changkat Jering, Trong dan Kuala Sepetang dan pada pilihan raya umum lepas BN menang di Trong manakala dua lagi dimenangi Parti Keadilan Rakyat.

-- BERNAMA

Friday, March 13, 2009

Bukit Gantang medan uji pengaruh BN, pembangkang

KIRA-kira 50 meter dari pintu masuk ke Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, terletak dua pokok besar, satu pokok mempelam dan satu lagi pokok hujan-hujan atau juga dikenali rain tree.

Dua pokok berkenaan sudah berada di situ sejak sekian lama dan tiada siapa mengambil peduli mengenainya. Ia sekadar pokok biasa menjadi tempat berteduh kepada orang ramai yang meletakkan kenderaan mereka di situ atau mereka yang meletak kereta untuk ke restoran berdekatan.

Tidak ada yang istimewa, malah ia cuma pokok besar yang sudah agak tua - barangkali tidak siapa tahu usia sebenar pokok terbabit, sehinggalah di bawahnya berlaku satu peristiwa yang disifatkan sebagai `DUN tergempar' pada 3 Mac lalu hingga mencetuskan kekecohan.

Semuanya berlaku selepas 28 Adun Pakatan Rakyat yang tidak dapat masuk ke dewan persidangan, untuk mengadakan `sidang DUN tergempar' pada pagi berkenaan, sebaliknya bergerak ke bawah pokok itu dan meneruskan persidangan yang `terhalang'.

Ada yang beranggapan ia sebagai satu tindakan Adun Pakatan Rakyat bagi meraih simpati rakyat untuk terus menyokong mereka sebagai kerajaan negeri yang sah, namun tidak kurang beranggapan ia sebagai satu jenaka politik yang sudah pasti akan dikenang dalam sejarah pergolakan politik di Perak.

Apapun ketika suasana politik Perak masih belum reda sepenuhnya berikutan peralihan kuasa yang mencetuskan krisis perlembagaan Perak awal Februari lalu, kini Perak sekali lagi bakal berdepan dengan pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang pada 7 April ini.

Banyak pihak berpendapat pilihan raya kecil itu akan menentukan arah sebenar sokongan rakyat khususnya pengundi terhadap kerajaan negeri yang baru diterajui Barisan Nasional (BN) atau kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat terdahulu.

Jika ditanya kepada pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat, sudah pasti mereka yakin menang dalam pilihan raya kecil kali ini dan begitu juga dengan penyokong dan pemimpin BN, masing-masing yakin menang dengan 1,001 alasan dan fakta yang akan diberikan.

Pakatan Rakyat yakin menang bersandarkan kepada faktor bahawa pengundi akan menyokong mereka kerana pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui mereka selama 11 bulan didakwa diambil alih secara tidak sah. Berikutan itu, rakyat dikatakan ‘terlalu marah' dengan cara dan pendekatan yang digunakan oleh BN untuk mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan negeri.

Atas alasan itu, mereka sehingga ini masih percaya bahawa mereka adalah kerajaan negeri yang sah. Begitu juga bekas Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yakin dia masih `Menteri Besar Perak'.

Apapun, semuanya terpulang kepada keberkesanan jentera BN pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan sejauh mana mereka mampu memberi penjelasan terhadap kemelut politik dan krisis perlembagaan yang berlaku di Perak dengan menggunakan setiap medium yang ada.

Kegagalan untuk memberi penjelasan secukupnya kepada rakyat Perak, khususnya kepada pengundi dalam Parlimen Bukit Gantang terhadap pergolakan politik yang berlaku sudah pasti akan memberi kesan kepada usaha meraih sokongan pengundi bagi mengundi calon BN.

Bagi Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir pula, BN adalah kerajaan negeri yang sah kerana semua pelantikan Menteri Besar dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang dilakukan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, pada 6 Februari lalu adalah atas perkenan Sultan Perak, Sultan Azlah Shah.

Mendapat perkenan Baginda Tuanku Sultan Perak adalah asas paling penting dan utama mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, bagi mengesahkan pelantikan seorang Menteri Besar dan barisan Exco yang seterusnya membentuk kerajaan negeri.

Tanpa mendapat perkenan Sultan Perak, semua urusan pentadbiran kerajaan negeri menjadi tidak sah termasuk mengadakan Sidang DUN atau meluluskan apa juga usul dalam persidangan.

Parlimen Bukit Gantang mempunyai tiga kawasan DUN iaitu Trong, Kuala Sepetang dan Changkat Jering. Mengikut Daftar Pemilih pada pilihan raya umum lalu, sebanyak 63.5 peratus pengundi di Parlimen Bukit Gantang adalah orang Melayu, Cina (27.1 peratus) dan India (9.1 peratus).

Pada pilihan raya umum lalu, DUN Trong dimenangi Datuk Rosli Husin yang juga Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang menumpaskan calon Pas, Norazli Musa, dengan majoriti 916 undi, manakala Changkat Jering dimenangi Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini menjadi wakil rakyat Bebas, Mohd Osman Jailu menewaskan Datuk Mat Isa Ismail dengan majoriti 1,102 undi dan Kuala Sepetang dimenangi Tai Sing Ng (PKR) mengalahkan See Tean Seng (BN) dengan majoriti 564 undi.

Sejak beberapa penggal lalu, Parlimen Bukit Gantang adalah kubu kuat BN, namun atas beberapa faktor terutama dikatakan wujudnya calon luar menyebabkan pengundi menolak BN pada pilihan raya umum lalu.

Pada pilihan Raya Umum 2004, Parlimen Bukit Gantang dimenangi calon BN, yang juga Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe sebelum berpindah untuk bertanding di Parlimen Grik, manakala pada 2008, calon BN, Datuk Abdul Azim Zabidi tewas kepada calon Pas, Allahyarham Roslan Shaharum.

Sehubungan itu, pemerhati politik berpendapat jika sekali lagi BN meletak calon luar, memang BN sengaja tidak mahu memenangi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang kali ini.

Rosli selaku Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang berkata, BN tidak seharusnya mengulangi kesilapan pada pilihan raya umum lalu kerana bedah siasat yang dilakukan mendapati antara punca kekalahan ialah faktor calon luar.

"Oleh itu, perkara paling penting ialah memastikan calon adalah anak tempatan dan dapat diterima oleh penduduk di sini, jadi kita pun tidak sukar untuk berkempen bagi meyakinkan pengundi memilih BN.

"Tambahan pula dalam mood sekarang, penyokong BN dan mereka yang berada atas pagar sudah kembali berpihak kepada BN selepas menyedari kesilapan mereka pada pilihan raya lalu mengundi pembangkang," katanya.

Apapun, Dr Zambry baru-baru ini berkata pihaknya sudah menyerahkan tiga nama kepada pucuk pimpinan tertinggi BN untuk menentukan siapa yang bakal menjadi calon dalam pilihan raya kecil itu. Walaupun nama mereka tidak didedahkan, Dr Zambry menjelaskan semua mereka adalah anak tempatan yang dikenali serta mampu meraih sokongan seterusnya pengundi untuk memilih mereka.

Sejauh mana anak tempatan mampu meraih sokongan tidak dipastikan. Jika Pas juga meletakkan anak tempatan sudah pasti akan berlaku persaingan sengit dalam merebut kerusi Parlimen berkenaan.

Dr Zambry berkata, ketiga-tiga calon itu dianggap popular di kalangan rakyat pelbagai kaum di Bukit Gantang dan semuanya orang tempatan.

"Nama itu akan diumumkan tidak lama lagi. Ini calon yang boleh diterima oleh rakyat .... tidak semestinya wanita, tidak semestinya lelaki. Semua boleh," katanya.

Selain itu, pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang juga akan menentukan ke mana arahnya pengundi Cina, sama ada mereka akan memilih calon BN atau kekal memilih calon Pakatan Rakyat seperti yang mereka lakukan pada pilihan raya umum lalu terutama pada DUN Kuala Sepetang yang dimenangi calon PKR.

Lebih penting mampukah kemenangan BN menutup mulut penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat dan pada masa sama meredakan kemelut di Perak. Semuanya terletak di tangan pengundi.

Berita Harian
13 Mac 2009